Cara Yang Paling Mudah & Bajet Untuk Buang Toksik & Kuruskan Badan


Pernah dengar tak pasal air detox? Air yang paling popular untuk buang toksin, kempiskan perut & kuruskan badan. Paling jimat & mudah disediakan. 

Detox adalah proses pembersihan tubuh terutamanya usus dalaman daripada segala macam kotoran dan racun yang secara sengaja atau tidak masuk ke tubuh kita. Kalau kotoran & racun dah bertapa lama dalam tubuh, memang mudah nak dapat sakit.




Ada orang susah nak minum air kosong sebab tak rasa apa. Padahal air kosong tuh paling bagus untuk tubuh kita. Tapi penyelesaiannya, cubalah buat air detox nih. Sekurang-kurangnya adalah rasa sikit-sikit walaupun tidak sesedap air manis yang lain. Sihat pun dapat. Kena ingat, setiap 25kg berat badan, kita kena minum 1 liter air. Barulah sistem tubuh berfungsi dengan sempurna. Buat gilir-gilir air detox dengan air kosong.

Air detox nih ialah campuran air putih@air kosong dengan buah-buahan yang dah dipotong. Simpan dalam bekas yang bertutup. Seelok-eloknya bekas kaca dan dibiarkan dalam peti sejuk semalaman. Buat malam sebelum tidur & minum pagi besok sebelum sarapan. Kena amalkan setiap hari kalau nak dapatkan kesan yang sempurna. Tapi untuk mereka yang bekerja, lebih baik buat hujung minggu sahaja atau pun waktu cuti. Faham-faham jelah, kalau dah namanya detox, asyik ke tandas lah jawabnya.


Kita boleh gunakan apa-apa je buah untuk buat air detox ni. Samada guna lemon, limau, timun, oren, nenas, epal, tembikai, halia atau buah-buahan lain yang boleh bantu proses detox. Kalau boleh gunakan buah-buahn yang berlainan warna. Nak rasa lagi sedap & segar, boleh tambah daun pudina.

Psttt.... yang nak kempiskan perut buncit & boroi tuh, boleh guna timun, halia, daun pudina & lemon. 

Antara kelebihan air detox ialah:
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • buang toksin dalam badan 
  • mencuci usus yang kotor
  • mencantikkan kulit sebab ada vitamin C
  • mengurangkan masalah selesema & sakit kepala
  • mengurangkan sakit tekak
  • elakkan sembelit


Mudah kan ? Tak perlu berbelanja lebih untuk dapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi kalau nak tambah dengan vitamin tambahan pun takde salahnya. 

Selamat mencuba...!!








Rahsia Kulit Yang Cantik Supaya Tidak Nampak Tua Sebelum Usia







Umur baru 20an, tapi dah disangka 30an. Siapa yang tak marah & kecil hati kan? Frust ?

Semua wanita nakkan kulit yang cantik, yang halus, yang gebu. Rela habiskan duit beratus-ratus ringgit semata-mata untuk ke facial. Tu belum termasuk segala macam vitamin dan minuman untuk dapatkan kulit yang diidamkan.Tak kiralah samada yang kahwin ataupun yang masih bujang. Tapi kalau yang dah kahwin, mesti berlebih-lebih lagilah kan?

cucuk atau vitamin ?

Shaklee ada vitamin yang sangat-sangat sesuai untuk mereka yang amat pentingkan penjagaan kulit. Khasnya untuk mereka yang tiada masa singgah ke salun kecantikan untuk dapatkan rawatan muka. Hanya ambil masa tak sampai 5 minit setiap hari untuk dapatkan kulit yang cantik.




4 jens vitamin ni kiranya macam set yang lengkaplah. Kalau taknak satu set, boleh cuba satu-satu jenis. Terpulang kepada individu sebab kulit setiap orang kan berbeza. Ada yang cukup dengan satu vitamin & ada yang memang perlukan lebih dari satu. Tetapi kalau ambil semua sekali, pasti meletops...!!


TESTIMONI VITA E & VITA C














TESTIMONI COLLAGEN POWDER











TESTIMONI ESP









Mesti teruja kan? Mana taknya semua orang dah ambil peluang untuk kelihatan cantik dengan Shaklee. Tapi kita masih teragak-agak & masih mahu berfikir. Jadi, mulakan langkah pertama kita supaya tidak menyesal seandainya kulit kita makin lama makin hilang serinya.











Adakah Kesan VIVIX Berbaloi dengan Harganya ?





Dengar je nama VIVIX, semua melopong bila tau harganya. Ye, memang diakui VIVIX ialah vitamin Shaklee yang paling mahal. Tapi bila dah amalkan & dapat rasa kesannya yang sangat baik itu, harga dah tak jadi satu masalah. Janji masalah kesihatan kita yang agak kronik tu dapat diatasi. 

siapa yang perlukan vivix

Bagi yang kali pertama nak amalkan Vivix, mungkin akan fikir berpuluh-puluh kali. Silap-silap beribu-ribu kali. Ambil masa yang lama untuk buat keputusan sebelum beli. Kadang-kadang mesti terlintas di otak, mahal sangat nih, berbaloi ke? atau... kalau barang baik mesti mahal kan? 

Ramai yang dah amalkan Vivix dapat merasai perubahan ke atas tahap kesihatan mereka. Malahan ada yang siap beli 2 3 botol sebab semakin yakin dengan Vivix. Siapa yang tak seronok kalau mata yang kabur semakin cerah? Isteri mana yang tak gembira bila tetiba si suami dah berenti merokok? Siapa yang tak teruja kalau bacaan diabetes turun ke tahap normal? Siapa yang tak menangis bila tengok mak ayah yang kena strok sebelum ni dah sihat & dah boleh bangun dari katil dengan sendiri? 









Vivix ni minum sehari sekali je. Cuma satu sudu teh & kena konsisten.

Agak-agak hebat tak Vivix ni? Kita hanya berusaha. Yang menyembuhkannya Allah jua. Yang penting kita dah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk kesihatan diri kita & ahli keluarga.



Ingin dapatkan VIVIX?

 order sekarang










* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit