Dah Tak Perlukan Krim Beratus-ratus Ringgit Untuk Hilangkan Stretchmark. Memang Ajaib...!!

Sewaktu pregnant 5 bulan, stretchmark mula muncul. Puaslah dok beli krim tu, krim ni. Segala minyak pun disapu. Yelah, orang cakap kalau tak sapu krim atau minyak yang sepatutnya, nanti stretchmark jadi makin tebal dan susah nak hilang lepas bersalin.Nak dijadikan cerita, hampir setiap malam proses sapu menyapu minyak, krim & losyen dengan harapan stretchmark tidak memunculkan diri secara ketara. Sikit-sikit sudahlah.

Lepas bersalin, strecthmark makin nampak. Yelah, baby dah keluar kan? Perut pun dah kempis. Jadi, stretchmark tu nampak makin tebal & hitam. Ok, proses sapu menyapu segala krim & losyen bermula kembali. Yang mahal, yang murah. Semua yang diiklan di tv, memang hampir semua dibeli. Kadang-kadang dah hampir putus asa. Yelah, kesan lambat sangat. Malu dengan suami lagi...hikhikhik... Last-last, cakap dalam hati biarkan jelah. Sapu je dengan krim yang ada. Nanti hilang jugak cuma tak tau bila akan hilang sepenuhnya.

8 bulan lepas bersalin anak pertama, daku pregnant lagi. Waktu inilah mula amalkan ESP. Puncanya sebab dah muak minum susu biasa untuk perempuan pregnant. Boleh dikatakan konsisten jugaklah dengan ESP sebab boleh minum dengan pelbagai jenis air kan. Jadi, tak adalah asyik minum rasa yang sama je.

Perubahan pertama yang saya perasan, saya tak mudah penat. Berbeza dengan semasa pregnant anak pertama. Alahan? Tak ada langsung. Dan yang paling ketara, STRETCHMARK TAK TIMBUL. Wahhhhh.......memang best sangat-sangat. Sampaikan encik suami pun tegur. Dia tanya, kenapa perut tak ada parut macam yang dulu? hihihi...parut tu stretchmark lah. Cuma ada kesan parut stretchmark yang lama yang degil sangat nak hilang.

vitamin shaklee untuk hilangkan strecthmark
ESP untuk hilangkan stretchmark


Saya masih minum ESP lepas bersalin (Januari 2013) sebab saya fully breastfeeding & ESP ialah milkbooster saya. Apa yang buatkan saya gembira sangat, lepas 4bulan stretchmark hampir 70% hilang. Dah tak ada kesan. Baru beberapa bulan & belum cukup setahun, 100% totally gone. Sedangkan biras saya yang deliver lebih awal dari saya, selalu merungut yang stretchmarknya masih tak hilang. Wah...ini sudah bagus. Kulit pulak dah jadi makin halus & licin. Bukan kat perut je tau. Inilah akibatnya kalau konsisten dengan ESP. Tubuh pun tak mengembang. Maintain macam waktu belum mengandung.


vitamin shaklee untuk stretchmark



Kenapa bila konsisten dengan ESP, kulit jadi makin cantik ? Sebab ESP terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Jadi, kalau nak kulit cantik & tak suka stretchmark bertapa lama-lama kat perut, amalkanlah ESP. Selain tu, bagus untuk ibu-ibu yang alahan teruk time pregnant. ESP pun boleh kurangkan alahan & bagi lebih tenaga. Tak adalah asyik nak melepek je. 






Nak cuba ESP untuk hilangkan stretchmark?

 order sekarang



atau hubungi :

☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com


Sebarang pembelian melalui blog mummyaliff, 
anda layak untuk mendapat konsultasi penuh dari saya 
                                                





"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"







* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Makanan Yang Perlu Dijauhi Jika Menyusukan Anak Supaya Ibu Tidak Perlu Berjaga Malam

Jika menyusu badan, ada pantang larang yang perlu diikut terutamanya bab makanan. Pelbagai makanan boleh diambil  ketika menyusukan anak, tetapi ada juga yang boleh merencatkan pengeluaran susu & boleh buatkan anak meragam sebab tak sihat serta sakit perut. Orang-orang tua selalu berpesan, kalau menyusukan anak, tak boleh ikut suka hati nak makan apa. Jom kita semak apa yang ibu menyusu tak boleh makan:



1. Ibu yang menyusu lebih baik elakkan kopi sebab sebahagian kafein yang ada dalam kopi tu akan masuk ke dalam susu kita. Bayi tak boleh nak keluarkan kafein dari badan seperti orang dewasa. Sebab tu kalau kita tengok, bayi yang mak dia suka minum kopi selalu meragam dan susah nak tidur. Nak minum jugak? Boleh. Satu cawan sehari je dah cukup.

2. Coklat pun ada kafein. Tapi kandungan kafeinnya rendah sikit daripada kopi. Peminat coklat yang menyusukan anak, boleh kurangkan makan coklat kalau tiba-tiba bayi tu meragam. 

3. Orang Islam tak minum alkohol atau arak. Tapi sememangnya alkohol patut dielakkan oleh ibu menyusu yang non-muslim. Bayi kita mungkin akan alami berat badan yang tidak normal, sentiasa nampak lemah & mengantuk. Ibu itu sendiri akan susah untuk dapat "let down reflex", yang mana ia sangat penting dalam fasa penyusuan. 

4. Makanan yang pedas dan berempah, siapa yang tak suka. Tapi ada sesetengah ibu tak boleh makan kerana ia boleh sebabkan bayi meragam dan mungkin terkena cirit-birit. Kalau boleh, elakkan terus dari makan sepanjang tempoh menyusu.


Sama jugak seperi kacang. Pastikan anak kita tak alah kepada kacang untuk mengelakkan kulit dia menajdi kemerahan, ekzema. Manakala, hidung pula akan selalu tersumbat.



5. Kalau bayi menangis tak henti-henti atau berak berdarah jika kita makan sandwich atau pasta sebelum menyusukan, itu maknanya bayi kita alergik dengan gandum. Nak make sure memang bayi alergik gandum, jangan makan makanan yang based on gandum selama 2-3 minggu. Tengok alahan tu jadi elok ke tidak. Kalau dah elok, lebih baik elakkan makan gandum. Itu maknanya, memang bayi kita alergik gandum.

6. Bayi yang alergik dengan produk tenusu seperti susu, yogurt & aiskrim akan muntah-muntah, susah nak tidur, ekzema & colic. Sama seperti gandum, elakkan amik produk tenusu 2-3 minggu untuk pastikan betul atau tidak bayi kita alah kepada susu.

7. Kalau si bapa ada alergik dengan makanan laut, mungkin bayi kita akan menunjukkan tanda-tanda alergik yang sama. Walaupun si ibu tidak ada alahan dengan seafood, tetapi lebih baik elakkan seafood ketika menyusukan anak.

8. Nak tentukan alergik telur paling susah untuk bayi & kanak-kanak. Terutamanya putih telur sebab kebanyakkan telur bersembunyi dalam pelbagai jenis makanan.


Untuk ibu menyusu, kalau syak anak kita ada alergik, cuba elakkan dulu semua makanan yang kerap memberi alergik untuk anak. Selepas 2 minggu, makanan yang ada alergi, tu ditambah kembali satu demi satu sehingga 4 hari di antara makanan berlainan. Ini adalah untuk menilai anak-anak bagi gejala ruam & sebagainya.

9. "Soy protein isolate", soya yang diproses boleh ditermui dalam sebarang minuman berprotein dan banyak makanan lain yang mungkin lebih cenderung membuatkan anak kita alergik. Jika ada tanda-tanda anak kita alah kepada soya, boleh hentikan dulu penggunaan soya untuk mengelakkan alahan yang teruk. Bagi ibu-ibu yang menjadikan soya sebagai "milkbooster mereka", boleh mengamalkan ESP (Energizing Soy Protein). Protein soya yang menjadikan soya non-GMO sebagai asas. Ianya sangat berbeza jika dibandimgkan dengan soya yang biasa di pasaran.

10. Ibu-ibu menyusu jangan minum teh pudina sebab dalam teh pudina ni ada herba & sebatian tertentu yang boleh mengurangkan bekalan susu. Lebih baik digantikan dengan teh "chamomile". Sebatian dalam chamomile yang masuk ke dalam susu bleh buatkan bayi kita tenang.


Akhir kata, moga apa yang saya kongsikan di sini dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu semua dalam penjagaan makanan demi kebaikan & kesihatan anak-anak kita.




Kesilapan Semasa Berdiet Yang Buatkan Anda Tak Kurus-Kurus







Silap semasa berdiet ? Macam mana tu? Bila cakap hal diet, semua berminat. Lebih-lebih lagi mereka yang pentingkan bentuk badan. Kalau boleh nak kalahkan model. Makan pun berkira-kira. Itu tak makan, ini tak makan. Yang sana kalori tinggi. Yang sini lemak banyak. Apa yang jadi kemusykilan kat sini, dietnya dah buat. Konsisten. Tapi berat badan tak turun-turun, malah ada yang makin naik. Pelik kan?

sedang diet tapi tak jugak kurus

Itu tandanya ada yang silap semasa berdiet. Jangan main-main. Silap berdiet boleh jadi makin GEMUK & bukan makin kurus macam model.Nak berdiet pun kena ada ilmu. Maksud diet bukan tak makan. Tapi makan secara sihat. 

Di sini, saya nak kongsikan dengan semua, 10 KESILAPAN BERDIET YANG AKAN BUATKAN ANDA TAK KURUS-KURUS


perlukan tips untuk kurus dengan cepat?
  1. Jangan lebihkan jus dalam pemakanan seharian. Mentang-mentanglah nak diet, asyik minum jus setiap hari. Lebih baik ambil buah-buahan yang fresh. Buah yang fresh ada fiber. Jus tak ada fiber. Lagipun jus biasanya ada bahan pengawet & pewarna yang memang tak bagus untuk kesihatan
  2. Air kosong yang tak cukup dalam badan pun boleh sebabkan tubuh kita susah nak kurus. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk hilangkan toksin dari badan. Baru mudah lemak nak hilang. 
  3. Jangan ingat makan roti, makan pasta, makan kentang tu boleh turunkan berat badan ye. Kita kena makan lebih banyak protein, ikan, buah & sayur kalau nak cepat kurus
  4. Perut akan bagi signal ke otak dalam masa 20minit semasa kita makan untuk kita rasa kenyang. Kalau makan terlalu cepat, silap-silap kita telah terlebih makan sebab signal dari perut tak sempat sampai ke otak. Oleh itu, kena makan lambat-lambat. Kunyah makanan sehingga 20kali. Lagipun, ianya bagus untuk penghadaman
  5. Sayur bagus untuk kuruskan badan. Tapi jangan pulak masak sayur terlalu lama. Nanti khasiatnya hilang. Apa pun tak dapat. Kurus pun tak, khasiat dari sayur pun tak. 
  6. Ada orang beranggapan kopi boleh menguruskan badan. Sebenarnya minum kopi bukanlah cara yang sihat untuk kurus. Minum kopi terlalu banyak boleh menyebabkan dehidrasi & juga akan menganggu tidur.
  7. Jangan nak salahkan orang lain kalau tak kurus-kurus jugak. Cari kat mana salah & silap sendiri
  8. Kalau dah kenyang, berhenti makan. Jangan cuba nak habiskan sisa makanan di atas pinggan dengan alasan takut membazir. Seeloknya ambil makanan dengan kuantiti yang sedikit untuk elak membazir & terlebih makan. 
  9. Wajib ambil sarapan pagi. Kalau tak ambil sarapan, kemungkinan kita akan makan banyak semasa makan tengahari atau semasa ambil snek. Lebih elok, amalkan ambil sarapan berprotein tinggi seperti ESP sebelum ke pejabat. 
  10. Diet tak semestinya kena berlapar sepanjang hari. Kena makan juga dengan kadar yang sedikit tetapi kerap.



Dah tau kan sebab-sebab mengapa diet tapi tetap tak kurus-kurus? Jadi, mulakanlah dari sekarang cara diet yang sihat. Kurus dapat, sihat pun dapat. 2 dalam 1.



Kalau teringin nak cuba Set Kurus Shaklee yang terbaik, boleh hubungi saya

☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com










Tips Meneran Ketika Bersalin Supaya Si Ibu Tidak Perlu Banyak Dijahit







Sakit bersalin tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Putus beratus-ratus urat dari saat sakit hendak melahirkan. Tidak termasuk lagi proses meneran untuk mengeluarkan bayi. Hanya wanita yang pernah melahirkan tahu bagaimana sakitnya bersalin. Walaupun sakit hampir putus nyawa, tetap tidak serik untuk mengandung lagi. Bahkan, mengandung bagaikan satu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.



Sebelum masuk dewan bersalin, macam-macam terlintas di fikiran. Lebih-lebih lagi bagi yang kali pertama melahirkan. Semua doa dihafal. Semua tips dalam kepala. Tapi bila dah sakit, segala doa..segala tips, hilang entah ke mana... Teknik untuk mengawal pernafasan & teknik meneran untuk mengeluarkan bayi adalah yang paling popular di dewan bedah. Silap teknik, kesan buruk menanti.  

Meneran?



Perjuangan hidup mati si ibu di dewan bersalin. Tetapi tidaklah begitu seram jika ibu yang bersalin meneran dengan teknik yang betul.

Si ibu akan disuruh meneran setelah pembukaan pintu rahim 10 cm iaitu ketika kepala bayi sudah turun ke dasar pinggul. Sebaiknya dilakukan apabila si ibu merasakan sakit kontraksi yang melampau. Doktor akan meminta ibu menarik nafas yang panjang dengan mulut yang tertutup tanpa mengangkat punggung. Mata perlu memandang tepat kepada perut & dagu diletakkan di dada. Baring dengan lutut berlipat dan kaki terbuka dengan kedua tangan memeluk peha (tangan dilingkarkan ke bawah peha).

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang meneran sebelum pintu rahim terbuka dengan sempurna. Ini akan menyebabkan berlakunya pembengkakan di mulut rahim yang akan menyukarkan proses bersalin. Sewaktu meneran, jangan sesekali mengangkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina. Si ibu juga jangan mengeluarkan suara atau menangis kerana ianya akan membuatkan ibu kurang tenaga dan lemah. Teranlah dengan sekuat daya seumpama meneran ketika sembelit.. Setiap kontraksi, teran 3 kali. Waktu kontraksi, bayi akan bergerak ke bawah. Jadi waktu inilah yang paling sesuai untuk meneran dengan sepenuhnya. 

Bagi yang beragama Islam. amalkanlah selalu doa untuk mudah bersalin

doa mudah bersalin


Semoga kita semua melahirkan insan-insan yang cemerlang dunia & akhirat. Sesungguhnya,  kesakitan yang ditanggung semasa hamil & semasa melahirkan adalah penghapus dosa.

Wallahualam.....







boleh hubungi saya:



☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com


Sebarang pembelian melalui blog mummyaliff, 
anda layak untuk mendapat konsultasi penuh dari saya 
                                                




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"









Tahun 2015 Ada 11 Kali Cuti Hujung Minggu Yang Panjang. Mulakan Rancang Percutian Anda....!!


Teruja bila mengetahui tahun 2015 ada 11 kali cuti hujung minggu yang panjang. Memang best. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang bekerja. Boleh plan untuk pergi bercuti. Boleh booking tiket kapalterbang awal-awal untuk dapatkan harga murah kalau nak bercuti jauh. Tak perlu nak pening-pening nak simpan cuti kalau nak pergi bercuti. Gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.



Nah, ini dia. Best ke.. tak best ??

SELAMAT BERCUTI.... saje je nak wish awal-awal. 
Jangan pulak laman web MAS, AA, Malindo & Firefly trafik sesak. Kes nanya nanti....










Risau TERMENGANDUNG Lagi? Rancang Kehamilan dengan GLA Complex



Anak masih kecil tak sampai setahun, tapi dah mengandung lagi ? Orang tua-tua cakap, rezeki jangan ditolak. Memang anak itu rezeki. Tapi perancangan itu harus ada supaya REZEKI ini mendapat perhatian & kasih sayang yang secukupnya. Ramai di kalangan wanita kita agak rapat jarak kehamilan dan kadang-kadang ianya mempengaruhi emosi & kesihatan si ibu mahupun anak itu sendiri. Bagi wanita yang mempunyai sejarah kelahiran yang bermasalah, perancangan untuk menjarakkan kehamilan yang akan datang amatlah dititiberatkan.





Sekarang pun sudah ada berbagai-bagai jenis pil perancang kehamilan. Samada yang mahal yang boleh didapati dari farmasi ataupun yang percuma dari klinik-klinik kerajaan. Namun begitu, pil-pil ini mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.
GLA Complex memang sudah dikenali sebagai pil kesuburan. Namun begitu, ianya juga boleh menjadi pil perancang jika diamalkan mengikut cara yang betul. GLA Complex tidak akan memberikan kesan sampingan seperti berat badan yang bertambah secara tiba-tiba & kitaran haid yang tidak menentu, malahan GLA Complex dapat memperbaiki kitaran haid agar kembali normal.

Selain untuk merancang kehamilan. GLA Complex juga berfungsi 
  • untuk meredakan senggugut. Wanita yang mengalami masalah senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA (Gama Linolenic Acid). Oleh itu, dengan pengambilan GLA tambahan dapat mengurangkan kesakitan akibat senggugut. GLA merupakan herba tradisi yang digunakan secara tradisional untuk merawat kesakitan semasa haid.
  • pemangkin kesuburan bagi wanita yang sukar hamil ataupun mempunyai masalah kesuburan. GLA membantu menghasilkan lendir yang subur, iaitu lendir yang berwarna putih jernih, nipis & meregang. Lendir yang subur dan berkualiti akan memudahkan sperma untuk berenang ke arah tiub fallopio dan bersenyawa dengan ovum
  • masalah hormon yang tidak stabil / kitaran haid yang tidak tetap
  • mampu mengecutkan cyst
  • meredakan sindrom menopause
  • untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik tidak mengira lelaki ataupun wanita. 




Bersempena dengan promosi GLA Complex pada bulan ini, wanita-wanita yang ingin merancang kehamilan dengan vitamin terbaik tanpa kesan sampingan, jangan lepaskan peluang ini. Setiap botol GLA Complex mempunyai 60 gel yang bertahan sehingga 2 bulan. 






Ingin mendapatkan GLA Complex ?

 order sekarang



Untuk promosi BELI 6 PERCUMA 1, boleh hubungi saya:

☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com


Sebarang pembelian melalui blog mummyaliff, 
anda layak untuk mendapat konsultasi penuh dari saya 
                                                




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"







* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit