Bahayanya panadol kepada tubuh







Anak-anak saya bahkan saya suami isteri sudah tidak lama ke klinik jika demam atau tidak sihat badan. Ke klinik hanya untuk pengesahan sakit sahaja. Untuk mengelakkan jika ada yang kronik. Sudah lama saya elakkan untuk memberikan keluarga saya ubat demam terutamanya panadol atau sirap demam untuk kanak-kanak.

Banyak yang kita boleh baca mengenai keburukan panadol di internet & jurnal-jurnal perubatan, malahan ada di kalangan doktor-doktor pakar sendiri yang mengesahkan, di mana panadol akan kekal di dalam badan untuk satu tempoh yang agak lama. Cuba bayangkan, barang yang lama di dalam tubuh & tidak boleh dibuang..?? Bukankah ianya hanya mengundang kepada keburukan. Lagipun, saya tidak mahu keluarga saya terlalu bergantung kepada panadol@painkiller. Takut menjadi satu kebiasaan. Demam sikit telan panadol..sakit sikit telan panadol. Ini kerana pengambilan yang kerap boleh membawa kepada masalah kerosakan hati yang teruk kerana panadol akan dikumuhkan di hati. 



Pengumpulan panadol akan menyebabkan kelebihan dos dan membawa kepada keracunan. Tambahan pula, pengambilan yang keterlaluan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. Panadol adalah "painkiller". Semakin banyak kita mengambilnya, semakin kurang kesannya terhadap kita. Bererti kita akan perlukan dos yang lebih lagi apabila ianya kurang berkesan.

Tentu ada yang tertanya, kalau demam atau sakit nanti, nak sihat macam mana kalau tak makan ubat klinik..? Saya hanya mampu tersenyum. 

Ini rahsia keluarga saya..

NUTRIFERON




Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia
 (Nutriferon). Formula yang digunakannya adalah selamat, semulajadi, tulen & berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf senagai penemuan terhebat dalam bidang immonologi.

Nutriferon (interferon) adalah satu formula ekslusif dan di paten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis. kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dan lain-lain. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenze dan pelbagai jenis penyakit.

Apabila banyak kuman & mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain-lain.

Jadi, pilihan di tangan anda. Hargailah kehidupan kita. Sebagai seorang ibu, saya hanya inginkan yag terbaik untuk keluarga saya. Biarlah berhabis sedikit, asalkan mereka sihat tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan kimia yang akan memberi kesan untuk jangka masa panjang.



Ingin dapatkan Nutriferon ?

Boleh sms | wassap |call: 019-9319790

COD sekitar Kuala Terengganu




Bagaimana cara nak bagi ESP lebih sedap diminum..?










Produk pertama Shaklee yang saya kenal ialah ESP (Energizing Soy Protein) semasa mengandungkan anak kedua. Sebelum tu, dah ada kawan-kawan yang promo, tapi tak ambil tahu pun sbb tak teringin nak tau...hehehe.. Sampailah satu hari saya mencari susu untuk wanita hamil sebab saya dah muak nak telan susu yang ada di pasaran. Tambahan pulak, saya peminat tegar soya. Dah serik minum soya waktu anak pertama dulu. Kulit memamg cantik tetapi sensitif yang amat. Kesian anak saya..

Google punya google, akhirnya saya jumpa ESP. Susu soya perisa vanilla untuk wanita hamil. Sebelum beli, berhari-hari saya cari dia punya kelebihan dan khasiat. Takut tak sedap pun ye jugak....hahahaha...

Mula-mula saya minum, ya ampun....tak tertelan. Memang ada rase soya & vanilla. Cuma rasanya tak macam susu biasa yang saya penah minum. Saya tanya member yang saya beli tu, dia cakap boleh campur ngan minuman lain kalau tak boleh nak telan. Asalkan jangan minuman berkafein. Lega rasanya.

Sekarang, Alhamdulillah...ESP menjadi minuman pilihan saya. Saya dah lama tak minum soya jenama lain. Bukan jenama lain tak sedap. Sedappp....tapi ESP LAGI SEDAP..!!

Kat sini saya nak share beberapa resepi ESP...sebab ramai kawan-kawan saya yang pelik camna saya boleh minum ESP tu. Haaa....kena kreatif yer..






Yang ini baru sedikit. Banyak lagi resepi ESP yang best. Boleh cuba sendiri di rumah. Saya paling suka ESP yang dicampur degan susu strawberry. Memamg sedap. Cubalah kalau tak percaya...Cuma jangan guna air panas je kalau nak bancuh ESP nih. Nanti jadi berketul-ketul.  Oh ya, ESP ni nak dibuat masker pun boleh. Campur kan ESP 2-3 sudu dalam air suam, kacau hingga sebati. Tepek kat muka untuk 10-15minit. Lepas tu, bilas. Kulit akan jadi licin & tegang. Tak payah nak beli masker lain.  
Semuanya hanya dengan ESP 







Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"






Susu Ibu ~ Titisan Emas Buat Si Anak







Semasa saya hamil anak pertama, saya memang sudah memasang niat untuk menyusukan anak saya dengan susu badan sepenuhnya. Sewaktu dalam pantang, saya mengambil peluang mencari maklumat mengenai breastfeeding. Pada pendapat saya, ibu-ibu yang ingin menyusu badan sepenuhnya anak mereka perlu mempunyai semangat yang kuat. 

Ramai di antara kita yang masih ragu-ragu untuk menyusukan anak-anak mereka terutamanya di kalangan ibu-ibu muda. Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai susu ibu & juga halangan dan tekanan dari orang-orang sekeliling membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan segala mitos yang tidak betul mengenai penyusuan susu ibu.



Untuk pengetahuan ibu-ibu muda sekalian, susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit yang mampu melindungi bayi daripada kebanyakan penyakit seperti serangan virus berbahaya. Terutamanya dalam kolostrum susu yang akan keluar pada hari pertama hingga ketiga kelahiran. Penyusuan susu ibu juga boleh mengurangkan risiko alahan. Susu ibu mempunyai kandungan yang mencukupi mengikut suhu persekitaran. Di samping itu juga, susu ibu mengalakkan tumbesaran yang normal pada bayi.

Susu ibu mudah dihadam kerana susu ibu diciptakan untuk sistem pencernaan manusia. Susu ibu juga boleh mengelakkan berlakunya kekuranan nutrien dalam tubuh bayi kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi yang baru lahir sehingga berumur enam bulan. Peyusuan susu ibu juga boleh mengelakkan jangkitan bakteria pada usus bayi yang boleh mengakibatkan cirit birit atau muntah. Anak yang menyusu susu ibu tidak mempunyai risiko tinggi untuk menghadapi penyakit seperti diabetes, paru-paru berair dan jangkitan pada telinga.

Penyusuan susu ibu juga membawa kebaikan kepada si ibu. Penyusuan susu meningkatkan rembesan hormon oxytosin yang juga membantu dalam mempercepatkan proses pengecutan rahim ibu. Penyusuan juga boleh  mengurangkan risiko tumpah darah kepada ibu selepas bersalin dan aliran keluar nifas adalah lebih singkat. Ianya juga dapat mengurangkan risiko barah payudara dan ovari kepada si ibu.

Ibu-ibu yang ingin menyusukan anak perlu tahu bahawa kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi ditentukan olehnya sendiri. Bayi akan menyusu apabila lapar dan berhenti sendiri setelah kenyang seiring dengan pertambahan usianya.

Apa yg paling penting, penyusuan susu ibu dapat mengeratkan hubungan dan ikatan di antara ibu & anak menerusi sentuhan kulit ke kulit dan eye contact semasa proses penyusuan semulajadi.







Anak demam..? Jangan pandang enteng!!







Kedua-dua anak lelaki saya baru pulih dari demam. Bila si adik dah elok, si abang pula yang kena. Agaknya sekarang nih musim demam. Tambahan pulak, cuaca tak menentu. Sekejap hujan, sekejap pulak panas. Tak boleh nak dijangka. Nasib baik ubat demam memang sentiasa ada bekalan di rumah untuk waktu-waktu kecemasan. Lebih-lebih lagi kalau tetiba badan panas di tengah malam. Paling takut, kalau terkena sawan, Nauzubillah....







Untuk pengetahuan pembaca, demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 37oC disebabkan oleh jangkitan atau keradangan



Tanda-tanda demam
  • pernafasan meningkat
  • muka menjadi merah
  • tidak aktif & lemah, sentiasa mahu tidur
  • resah gelisah
  • tiada selera makan
  • menggigil


Anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca panas dan jangkitan kuman. Antara sebab yang mungkin boleh menyebabkan demam:
  • selesema
  • flu
  • krup
  • sakit tekak
  • jangkitan telinga
  • jangkitan salur kencing
  • masalah pernafasan seperti pneumonia & bronkitis
  • virus yang menyebabkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki & mulut


Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37oC. Suhu badannya yang melebihi 37oC menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37oC adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40oC, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.



  • Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.

  • Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam)

  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya

  • Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah yang telah dicairkan

  • Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.



Mesti Tahu

Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.
Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40oC. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).
Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun. Situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak anda. Waspadalah jika anak anda demam!




sumber: majalah pa&ma


Siapa perlukan VIVIX?









VIVIX atau tonik ajaib Shaklee semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat supplement. Ini kerana kebaikan & khasiatnya yang jarang dijumpai dalam mana-mana supplement lain. Bolehlah dikatakan keajaibannya hanya dalam 1 botol. Namun begitu, masih ada yang tidak mengetahui siapakah yang memerlukan vivix sebagai supplement utama mereka.







Antara golongan yang memerlukan VIVIX ialah

  • yang mengidap kanser atau yang berisiko mendapat kanser
  • pengidap kencing manis / diabetes
  • pengidap darah tinggi
  • SLE
  • gout
  • Nyanyuk
  • yang ada masalah jantung
  • kolesterol tinggi 
  • perokok tegar
  • ketagihan alkohol
  • ketagihan dadah
  • masalah pengllihatan
  • strok / angin ahmar
  • wanita yang mengidap cyst
  • ketahanan badan yang lemah
  • anti-penuaan / mereka yang tampak berusia dari usia sebenar / awet muda
  • pengidap asma
  • yang ingin menurunkan berat badan
  • masalah sendi / tulang
  • masalah saraf


Contol sel yang normal & ketidaknormalan sel di dalam tubuh







Setiap hari, setiap sel tubuh akan diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan  DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilakn satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan kepanjangan umur. Oleh sebab itulah, VIVIX dicipta kerana ramuannya dapat melindungi dan memperbaiki sellular DNA






Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"















Apa itu VIVIX...?









Alhamdulillah...Promosi VIVIX Shaklee kembali lagi. Mesti peminat-peminat tegar vivix gembira apabila VIVIX kembali dipromosikan.  Dalam entri saya yang dulu, saya telah terangkan sedikit mengenai Vivix.






Sekarang, saya akan terangkan secara terperinci apa itu VIVIX memandangkan permintaan terhadap Vivix semakin menjadi-jadi.

Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat supplement nombor 1 di Amerika. Antara ramuan utama Vivix ialah anggur Muscadine. 

Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah untuk kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat anti-oksidan yang lebih kukuh. Saiz anggur Muscadine adalah sebesar sebiji bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik & cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak polifenol dan resvetrol.







Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrien yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus & anti-bakteria.


Sempena promosi VIVIX pada bulan ini, apa kata anda cuba sendiri & rasai kehebatannya.













Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"

  

Supplement agar anak hebat










Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum. Supplement yang bersesuaian di awal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural. Asid folik turut disarankan diambil seawal 3 bulan pra-kehamilam apabila merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin yang lengkap dengan pelbagai vitamin & mineral adalah salah satu supplement yang penting.




Mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan & fungsinya. Multivitamin atau supplement dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperolehi daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

Pengambilan asid lemak penting seperti Omega-3, Omega-6, DHA dan EPA dalam kuantiti dan komposisi yang sesuai seawal tiga bulan pertama kehamilan dapat membantu merangsang minda anak. Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega-3 dan DHA. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperolehi daripada makanan. Omega-3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus & membantu pembelajaran setelah dilahirkan. 

Bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin ini perlu diambil pada waktu-waktu yang tertentu. Kebanyakan vitamin digalakkan untuk diambil selepas makan pada waktu pagi. Hal ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya daripada fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari. Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.

Walaupun pengambilan vitamin atau supplement adalah penting ketika hamil untuk memastikan kesihatan anda dan kandungan berada pada tahap optimum, makanan seimbang dan air yang cukup adalah kunci utama kesihatan ketika hamil.