ESP penawar gastrik yang semulajadi & berkesan

Salam semua...

Tidak lama lagi dah nak masuk bulan puasa. Tetapi masih ada yang sedang sibuk mengganti puasa yang ditinggalkan.. Dalam menunggu kehadiran bulan puasa, ramai pula yang asyik bertanyakan vitamin Shaklee apa yang paling sesuai untuk GASTRIK. Maklumlah, gastrik memang akan sentiasa menyerang bila tibanya bulan puasa.

Gastrik boleh dikatakan akan menyerang setiap orang terutamanya kaum wanita & kanak-kanak. Jarang sekali kita mendengar orang lelaki diserang gastrik. Kenapa ?

Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai gastrik, check sini


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul...

Kebiasaannya untuk gastrik, memang ESP lah paling disyorkan. Kenapa? Sebab ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.





Jika tidak mahukan ESP disebab tidak boleh menelan sebarang jenis minuman bersusu, kita boleh juga mengambil PEPPERMINT GINGER PLUS & OSTEMATRIX
                                     

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
                                    
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.





Sekiranya sudah habis penawar atau ubat lain yang diambil untuk merawat gastrik, bolehlah mencuba vitamin SHAKLEE ini. Sudah ramai yang mengakui kesihatan mereka terutamanya yang ada gastrik bertambah baik dengannya.





credit to cikjatt.blogspot.com




Ingin mendapatkan vitamin ini ?


 order sekarang




Anda akan membuat tempahan terus melalui ESELL Shaklee






Sebarang pertanyaan & konsultasi penuh, boleh hubungi saya:

☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com
                                                




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"










* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit





Langsing & kurus semudah ABC ^_^



Mengunyah makanan
*ketika kita makan, kunyahlah makanan sehingga hancur sebelum menelannya. Makanan hadam yg ditelan membangu melangsingkan tubuh kerana ia sudah dikisar halus di dalam mulut sebelum ditelan terus menuju ke dalam perut


       Pengambilan berkadar
       *jangan tahan selera makan secara melampau. Jika mengidam utk    makan kek coklat, aiskrim atau tiramisu, makanlah tanpa gusar. Namun pastikan pengambilannya berkadar. Jangan elak terus makanan ini kerana sekali kita tidak tahan, kita mungkin mengambilnya 10 kali banyak daripada biasa.


 Bersila
* Duduk bersila ketika menghadap makanan. Makan di atas lantai adalah lebih baik daripada makan di atas kerusi kerana ia memantau jumlah makanan yg masuk ke dalam perut. Dekatkan peha ke perut kerana ia menghalang perut daripada menerima makanan melebihi kadar yg sepatutnya


Jilat jari
*Ianya sangat baik untuk menghadamkan makanan yang diambil. Enzim-enzim yg ada di celah-celah jari semasa menyuap makanan berkesan secara aktif utk mempercepatkan proses penghadaman dan membantu mengurangkan jumlah lemak yang ada pada badan














Penapis air best tak sampai RM500...!!!

Salam uollsss...

Masih lagi tercari-cari penapis air yang murah dan berkualiti?? klu korang semua nak tau, SHAKLEE pun ada penapis air tau.. WATER PITCHER.... MURAH, MUDAH, BERKUALITI & YG PALING PENTING HALAL. yani beli satu set sebab kat umah mmg air kuning & keladak. TAPIII..lepas tapis dgn water pitcher nih, fuuhhh....mmg clean & clear.. Pasnih dah tak payah nak tempek2 penapis air kat dinding...nak taruk kat sinki. water pitcher nih boleh dibawa ke mana2 jek...dalam hutan atau kat tengah lautan pun still boleh dapat air bersih.


water pitcher

set water pitcher nih lengkap ngan filter. Starter ada 4 filter. satu filter boleh tapis sehingga 80gelen air. banyakkkkk tuhh.... ataupun sehingga 4 bulan penggunaan, yang mana lebih awal. yang paling best water pitcher nih, dia ada meter penunjuk aras yg akan bgtau kita bila kita perlu tukar filter tuh. takyah nak pening2 kepala nak pikir bila kena tukar filter. bila meter dah sampai nombor 80, maknanya filter tuh dah kena tukar. hebat tak???


meter penunjuk

haaaa...teruja takk??? harga satu set nih tak sampai pun RM500. pasnih dah tak payah nak pikir kena beli penapis air yg rege ribu riban tuh. sama jer kekdahnya. tapis n minum.

ohh yaa...lupa nak bgtau, klu filter tuh dah abis pakai 4biji, boleh beli refill 1 set (3filter) . harga pasaran RM161. 

klu nak water pitcher nih, rajin2 kan lah contact yani yer. gerenti puas hati...dan dijamin halal & semulajadi.






Inginkan water pitcher Shaklee ?

 order sekarang

Anda akan membuat tempahan terus melalui ESELL Shaklee






Sebarang pertanyaan & konsultasi penuh, boleh hubungi saya:

☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com
                                                




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit







AWAS, bahaya keputihan!!!



Eeewwww...apa nih?? Nak kata datang bulan pun bukan sebab ia bukan darah tetapi lendir kekuningan dan kerap terjadi. Jangan pelik kerana masalah seperti ini kerap terjadi di kalangan kaum perempuan.




Apakah itu KEPUTIHAN?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. Keputihan sebenarnya ialah cairan yang keluar dari vagina. Keputihan ada 2 jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit.


  • Keputihan normal --> dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau & tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan perempuan. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan kita sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi

  • Keputihan abnormal --> berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang2 seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk


Punca keputihan abnormal
  • Terlalu penat
  • Dalam keadaan terlalu stress
  • Jangkitan


Jenis jangkitan
  • Kurap Candadis atau Monilia --> warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal
  • Parasit Trichomonas Vaginalis --> cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir
  • Bakteria Gardnella --> boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir
  • Virus --> Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan  akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, Herpes, HIV/AIDS
  • Benda asing --> Hal yg satu ini sering kita abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda2 yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut atau pun benang dari seluar dalam


JOM CUBA. PETUA TRADISIONAL ATASI KEPUTIHAN


  • Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan
  • Kemudian rebus pucuk pegaga tadi bersama dua gelas air bersih
  • Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu
  • Setelah mendidih, biarkan sehingga sejuk
  • Apabila air rebusan itu telah sejuk, tapis airnya
  • Minum air tersebut dua kali sehari dan amalkan sehingga masalah keputihan serta rasa gatal pada vagina sembuh






       
       

Bahayanya alahan terhadap protein susu lembu

Susu ibu sememangnya makanan terbaik untuk tumbesaran bayi. Namun tidak semua ibu-ibu bernasib baik dapat menyusukan anak mereka disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Misalnya kekurangan susu badan, sakit, tekanan & perubahan hormon. Oleh itu, ibu-ibu beralih arah kepada alternatif lain iaitu memberikan anak mereka susu formula.

Namun, tidak semua bayi boleh minum susu tepung disebabkan alergi kepada protein susu lembu (CMPA - Cow's Milk Protein Allergy)






CMPA atau tindak balas alahan hiper sensitif terhadap protein susu lembu boleh menjejaskan tumbesaran.

CMPA boleh berlaku jika ada di antara ahli keluarga yang meghidapinya. Jika ibu bapa mempunyai alahan, bayi terdedah kepada 40-60 peratus risiko. Risiko lebih tinggi dialami iaitu antara 50 hingga 80 peratus jika ibu bapa menunjukkan manifestasi sama.

Gejala CMPA

  • Ekzema atau ruam kulit
  • sakit perut
  • muntah
  • cirit-birit
  • meragam
  • berat badan tidak bertambah dan jika ada, ia terlalu sedikit
  • banyak angin dalam perut
  • sukar bernafas

Dua faktor bayi alami CMPA

  • Alahan pada susu lembu bukan satu-satunya penyebab kepada sakit perut, ekzema, ruam, muntah, cirit-birit atau bayi tidak berhenti menangis. Gejala ini juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang memerlukan rawatan
  • Bahaya reaksi anafilaksis (gejala yang timbul selepas beberapa minit minum@makan makanan yang mereka alah). Jadi sangat penting untuk doktor mengesahkan anak kita memang alami alahan pada protein susu lembu kerana jika ya, kita perlu memastikan anak tidak diberi semua susu, produk susu dan makanan yang mengandungi susu lembu


Rawatan

  • Untuk bayi yang diberikan susu badan tetapi alami alahan CMPA, kita tidak perlu menghentikan pemberian susu badan kerana ia adalah makanan yg terbaik utk bayi. Malah, gejala alahan ini akan hilang jika ibu menghentikan pengambilan produk mengandungi susu lembu
  • Untuk bayi yg diberikan susu formula, doktor akan menyarankan ibu bapa bertukar kepada suu formula berasaskan soya atau hidrolisat.
  • Jika anak disahkan mengalami alahan susu yg teruk, doktor akan memberi ubat khusus sebagai tambahan kepada diet bebas susu lembu. Ubat ini seperti antihistamin atau epinefrin perlu digunakan mengikut arahan iaitu hanya apabila anak tersilap mengambil produk mengandungi susu lembu dan menunjukkan reaksi alahan











Alamak....!!! Gastrik lah pulak. Macam mana hendak berpuasa..???

Apa itu Gastrik


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Tanda-tanda Gastrik
Hilang selera makan, pedih dan sakit perut, cirit birit yang teruk melebihi 3 hari, senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut, perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan, perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat, rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda, muntah (akibat tolakan gas daripada perut), berat badan susut

Punca Gastrik
Makanan Bercili, Makanan masam, Kopi, Minuman Bergas & Makanan Berangin, Merokok.

Gastrik Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.



Cara rawatan Gastrik
1. Makan mengikut waktu yang tepat
2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu.
3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
5. Elakkan makan terlalu kenyang
6. Elakkan cuka, makanan yang pedas
7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
8. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.


Tip Sepanjang Bulan Puasa

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan

  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur

  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati

  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.

  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.

  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.

  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak

  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.

  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.

  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.





RISAU...!!! Rambut banyak gugur selepas bersalin. Camna nihhh..???

Keguguran rambut selepas bersalin  berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 helai rambut setiap hari. Ini kerana hormon (dalam darah) yang berubah selepas bayi dilahirkan  menyebabkan keguguran rambut. Walaupun rambut banyak gugur pada awal kelahiran, jangan panik kerana kita tidak akan menjadi botak sebaliknya akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.



Biasanya lebih kurang 85-95% rambut berada dalam peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika kita menyikat atau menyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebh kurang 100 helai sehari.

Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit rambut berada dalam keadaa berehat dan sedikit saja yang gugur setiap hari. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra-mengandung. Ini mengambil masa di antara 6-12 bulan selepas bersalin. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.



MAKANAN YG MEMBANTU MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT


Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Makan ayam, telur, keju rendah lemak, badam & yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut







Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral berkenaan menjadi punca vitamin E yang boleh meningkatkan  peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran




Mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan tubuh untuk menyerap vitamin, mineral dan membentuk sek baru yang membuatkan rambut kuat & sihat.






Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.








Tembikai, pisang, epal dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat yang penting bagi mengurangkan keguguran rambut








Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuan rambut.







Ia sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala







Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan  nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat & sihat.












Ada ke supplement untuk lelaki...??



Set kesihatan SHAKLEE tidak mengenal usia. Ia sesuai untuk semua golongan tidak kira muda atau tua, kanak-kanak atau dewasa, bahkan lelaki atau wanita. Golongan lelaki terutamanya tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan  seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti, strok & banyak lagi.


Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti mati pucuk, pembesaran prostat, kelesuan dan kurang tenaga & stamina..

Set Kesihatan Lelaki membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.


Di antara kebaikannya ialah:

  • memelihara kesihatan prostat
  • meningkatkan kecergasan & kesihatan badan
  • memelihara jantung yang sihat
  • membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • mengawal tahap kolesterol yang sihat





  • meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis (penyakit kulit bersisik yang disebabkan oleh kecelaruan sistem imun), demam hay (demam alergi), bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang
  • mencegah kanser paru-paru, kolon & prostat. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
  • memelihara fungsi sendi


       






  • melindungi jantung
  • mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • keleestarian tenaga
  • anti-oksidan yang kuat









       


                                          

  • mengaktifkan 200 jenis enzim
  • mempertingkatkan sistem imun
  • memperbaiki masalah prostat
  • kemampuan seks lelaki. 

*** Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra- matang dan keguguran rambut.











Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790



"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"