Gout Membawa Maut...?








Gout ialah satu penyakit sendi yang amat sakit disertai dengan bengkak, merah & terasa panas di kawasan sendi terlibat. Gout berpunca daripada pengumpulan kristal asid urik di bahagian celah-celah sendi, akibat kegalan metabolisme asid urik, menjadikan ianya terbentuk dengan banyak atau kurang dikumuhkan melalui air kencing. 

90% pengidap gout adalah lelaki. Ia kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 50 tahun. Tidak terkecuali juga bagi wanita yang mana risiko meningkat selepas menopous. Kajian terbaru yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Perubatan Universiti Limerick, Ireland mendapati bahawa individu yang mempunyai masalah gout dan paras asid urik yang tinggi dalam darah meningkatkan risiko kepada kematian. Individu dengan gout mempunyai risiko sebanyak 42% lebih tinggi daripada punca kematian lain. Paras asid urik yang tinggi dalam darah turut meningkatkan risiko batu karang di dalam buah pinggang. Ini berlaku apabila buah pinggang bertanggungjawab dalam mengkumuhkan asid urik melalui air kencing - kajian dari Jabatan Urologi dan Perubatan Universiti California. Minuman yang mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi seperti pemanis sirap jagung di dalam minuman soda dan air kotak meningkatkan risiko gout di kalangan wanita - Fakulti Perubatan Universiti Boston.

Di antara vitamin yang dicadangkan untuk mengawal & mencegah gout ialah:


ALFALFA
Makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid & menghilangkan toksin dari badan (DETOX)


OMEGAGUARD
Memelihara fungsi-fungsi sendi dengan mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan



PERFORMANCE DRINK
Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dan juga mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.
Mencegah penyahidratan.










Ingin mendapatkan vitamin ini...?

Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"









Kesan Ubat-ubatan Moden










UBAT secara amnya adalah sesuatu bahan yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan  badan. Ubat merangkumi ubat-ubatan moden seperti tablet, kapsul, suntikan dan sebagainya serta ubat-ubatan tradisional seperti jamu, herba & sebagainya. Sesetengah ubat moden memerlukan preskripsi doktor (contohnya ubat telan & suntikan ) dan juga ubat yang tidak memerlukan preskripsi doktor (contohnya vitamin, mineral & jamu)

Namun ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai fungsi sesuatu ubat yang dibekalkan kepada mereka setelah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Samaa kerajaan mahupun klinik swasta. Di sini, saya akan terangkan serba sedikit mengenai fungsi ubat-ubatan terhadap beberapa penyakit kronik.

  • Lemah jantung >> ubat lemah jantung bukan untuk menguatkan jantung, Tapi ianya menipiskan darah supaya darah boleh melalui ruang sempit arteri yang semakin tersumbat. Ianya tidak membuka saluran arteri yang semakin mengecil.

  • Darah tinggi >> ubat darah tinggi beta blocker bukan menurunkan tekanan darah, tetapi ia hanya menghalang adrenalin dan kesannya boleh menyebabkan kegagalan jantung (maut). Alpha blocker pula mengurangkan kadar denyutan nadi dan bukan menurunkan tekanan darah.

  • Kolesterol tinggi >> Ubat kolesterol bukan menurunkan kolesterol, tetapi hanya menghalang pembentukan kolesterol baru hasil dari pemakanan yang kita makan. Kolesterol yang sedia ada tidak dapat dikurangkan dengan ubat

  • Diabetes / Kencing manis >> Ubat diabetes bukan mengurangkan gula, tetapi hanya mengawal penyerapan gula dari makanan yang kita makan . Kandungan gula yang sedia ada dalam darah tidak akan berkurangan

  • Penahan sakit >> ubat tahan sakit bukan menghilangkan sakit, tetapi ianya hanya memutuskan isyarat kepada otak supaya kita tidak merasa kesakitan. Setiap kesakitan dirasai kerana otak menterjemahkan gangguan itu sebagai satu kesakitan

  • Kanser >> Rawatan kimoterapi bukan hanya membunuh sel-sel kanser, malah turut membunuh sel-sel yang baik dan melemahkan sistem pertahanan badan  malah masalah besar kanser tidak dapat dihapuskan sama sekali kerana sel-sel kanser bleh membiak kerana tubuh yang tidak ada ketahanan.
 







Beza Antara Ubat & Vitamin









UBAT
  1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat
  2. Ubat ialah agen-agen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara menganggu tindakan biokimia dan proses enzim
  3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan yang kebanyakkannya boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.
  4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
  5. Ubat baik dimakan biasanya di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
  6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh
  7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan orang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya
  8. Ubat bertindak cepat & menakjubkan . Seseorang bileh menerima kesannya dalam jangka masa yang pendek, beberapa minit atau jam
  9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, di sebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya, sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.
  10. Orang-orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.










SUPPLEMENT (VITAMIN)

  1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ
  2. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh itu, badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan
  3. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim
  4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
  5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain faktor makanan
  6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pemgambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
  7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam badan.
  8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kejayaan
  9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu. Oleh itu, menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telahterjadi dan tidak berulang lagi
  10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah




RINGKASANNYA...


Ubat diambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa...dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement.

Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat...

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit..




MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA

















Omegaguard untuk siapa sebenarnya...?







Sekarang di sana sini, semuanya heboh bercerita tentang promosi Disember 2013. Omegaguard. Beli 6 FREE 1. Semua berpakat tak nak lepaskan peluang yang best nih. Berkongsi beli dengan adik beradik, kawan satu pejabat, saudara mara, ipar duai. Yang paling best, dapat FREE MEMBERSHIP & CASHBACK lagi. Mana tak teruja, kan..??

Tapi, tahukan anda untuk siapa Omegaguard & siapa yang paling memerlukan minyak ikan yang hebat ini..? Jom kita semak. 

Antara yang paling memerlukan minyak ikan Omegaguard ialah :-

  • pesakit gout
  • pesakit buah pinggang
  • pesakit jantung
  • pengidap Alzheimer
  • pengidap Hepatitis
  • pesakit sendi (arthritis)
  • pesakit SLE
  • pesakit psoriasis (sejenis penyakit kulit)
  • insomnia (mereka yang mengalami masalah sukar tidur)
  • pesakit migrain & mereka yang selalu berada dalam tekanan
  • mereka yang berisiko kanser
  • pesakit strok
  • pengidap asthma
  • imunisasi yang rendah (selalu demam & selesema)
  • mereka yang dimana tahap kolesterol tinggi dalam darah
  • wanita hamil (untuk perkembangan otak & mata bayi di dalam kandungan)
  • kanak-kanak berumur setahun ke atas untuk meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran
  • kanak-kanak hyperaktif (Omegaguard membantu meningkatkan kadar fokus anak-anak)
  • wanita yang selalu mengalami senggugut (PMS)


Untuk pengetahuan anda, minyak ikan Omegaguard tidak diekstrak dari hati ikan kerana hati ikan paling banyak mengandungi toksik. Minyak ikan Omegaguard diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti tuna, makerel, sardin, herring & anhovies di mana tahap merkurinya adalah yang terendah jika dibandingkan dengan jenis-jenis ikan yang lain. Penyelidikan lanjut menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA & DHA.

Jadi, apa tunggu lagi...?? Dapatkan minyak ikan Omegaguard yang terbaik di pasaran...!!









HARUS DIINGAT...!!
Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.






Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"





Pentingnya Omega-3 semasa hamil untuk elakkan kelahiran pra-matang








Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.


Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.


Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.
• Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi.  Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.
 
Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.


• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.
 
Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

• Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.
• Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.




Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?
• Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang  maju.

• Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.


Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?

• Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan?  Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).


• Bau --- Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.


• Rasa --- Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.
 
Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari



Satu sajian Omegaguard dapat membekalkan 1000mg Omega-3 DHA & EPA







Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"














Dah lama kahwin, tapi belum ada tanda-tanda hamil... ?






Disahkan hamil adalah saat yang paling bahagia bagi seorang wanita apabila dia telah berkahwin. Perasaan yang sama akan hadir walaupun yang akan dilahirkan itu bukanlah anak yang pertama. Namun, apa pula perasaan anda jika masih belum ada tanda-tanda hamil walaupun dah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga..? Sedih...? Kecewa.. ? Lebih-lebh lagi jika ada sedara mara yang kahwin lebih lewat dari anda dan telah pun hamil sebelum anda. Rasa rendah diri bukan..?   





Sebelum anda mendapatkan rawatan untuk mengetahui masalah sukar untuk hamil, adalah baik jika anda tahu serba sedikit kemungkinan punca ketidaksuburan suami isteri. Ini apa yang saya petik dari web metro IVF Malaysia :






PUNCA-PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN DI KALANGAN WANITA:
  1. Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (proses di mana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdaoat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon. Selalunya masalah ini wujud apabila berlakunya ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar tiriod tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenalpasti puncanya.
  2. Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketidaksuburan. Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuam (mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu di dalamnya atau disebabkan endometriosis. Kita juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.
  3. Endometriosis. Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebaban berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu kita untuk mengenalpasti puncanya.
  4. Antibodi menyerang sel gamet (telur & sperma). Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenalpasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes di mana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.
  5. Masalah pada rahim. Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit di bahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultraosound boleh membantu mengenalpasti punca masalah tersebut.



PUNCA-PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN DI KALANGAN LELAKI

  1. Masalah gangguan sperma yang tidak matang. Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrien) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% daripada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan adalah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.
  2. Gangguan kepada pengangkutan sperma. Dalam 4% dari kes-kes ketidaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallipio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat. Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.



TIPS HAMIL DENGAN CEPAT

  1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid kita teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama kita berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopion). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami impantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi kita berfungsi menjadikan kita lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
  2. Jumpa doktor. Pastikan kita bebas dari sebarang masalah denfan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid kita teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, kita mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopion kita tidak tersumbat.
  3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya kita mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan kita. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) kita. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat yang optimal.
  4. Ketahui waktu subur. Hari subur kita cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, kita boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid kita teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Kita boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
    contoh kit ovulasi yang boleh didapati di farmasi
  5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan kita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan kita lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal di bawah punggung selama 30minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15minit selepas ejakulasi.
  6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah berbincang dengan doktor. Ia mungkin penyebab kita lambat hamil.
  7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplement zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
  8. Bersenam secara rutin. Bersenam adalah cara untuk kita sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
  9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila kita mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhdap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tidak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ini. Walaubagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan.
  11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, menggunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malaan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan hadkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.



                    
                                                           










DHA, EPA & Omega-3 untuk anak-anak agar cepat pandai membaca









Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak yang sihat & bijak. Oleh sebab itu, ibu-ibu yang hamil digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat & seimbang untuk perkembangan otak bayi mereka sejak dari dalam kandungan lagi. Namun sejauh mana makanan yang diambil itu mampu untuk membekalkan segala khasiat & nutrisi yang lengkap untuk anak anda..?


Otak bayi memerlukan sumber DHA & EPA serta Omega-3 yang cukup untuk perkembangan yang baik. DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty asid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan  hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibuya, Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu, DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.





Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan, WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.


Kebaikan utama DHA
  • pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu, ia penting dalam proses pembelajaran. 
  • pertumbuhan retina mata (penglihatan yang baik)
  • pertumbuhan saraf-saraf yang baik



Kelebihan-kelebihan lain DHA & minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA)
  • mengurangkan triglycerides (lemak)
  • mengurangkan risiko sakit jantung & saluran darah tersumbat
  • mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • mengurangkan risiko tekanan perasaan & alzheimer
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit sendi, kencing manis dan juga kanser.

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Sumber utama DHA yang lain termasuklah telur & daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

TETAPI... adakah anda larat untuk memasak ikan salmon, telur & daging setiap hari hanya untuk mendapatkan sumber DHA, EPA & Omega-3...?


"....TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI..."



Satu sajian Omegaguard membekalkan 905mg asid lemak Omega-3, DHA & EPA dibandingkan dengan jenama minyak ikan lain di pasaran






Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"





Bahayanya panadol kepada tubuh







Anak-anak saya bahkan saya suami isteri sudah tidak lama ke klinik jika demam atau tidak sihat badan. Ke klinik hanya untuk pengesahan sakit sahaja. Untuk mengelakkan jika ada yang kronik. Sudah lama saya elakkan untuk memberikan keluarga saya ubat demam terutamanya panadol atau sirap demam untuk kanak-kanak.

Banyak yang kita boleh baca mengenai keburukan panadol di internet & jurnal-jurnal perubatan, malahan ada di kalangan doktor-doktor pakar sendiri yang mengesahkan, di mana panadol akan kekal di dalam badan untuk satu tempoh yang agak lama. Cuba bayangkan, barang yang lama di dalam tubuh & tidak boleh dibuang..?? Bukankah ianya hanya mengundang kepada keburukan. Lagipun, saya tidak mahu keluarga saya terlalu bergantung kepada panadol@painkiller. Takut menjadi satu kebiasaan. Demam sikit telan panadol..sakit sikit telan panadol. Ini kerana pengambilan yang kerap boleh membawa kepada masalah kerosakan hati yang teruk kerana panadol akan dikumuhkan di hati. 



Pengumpulan panadol akan menyebabkan kelebihan dos dan membawa kepada keracunan. Tambahan pula, pengambilan yang keterlaluan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. Panadol adalah "painkiller". Semakin banyak kita mengambilnya, semakin kurang kesannya terhadap kita. Bererti kita akan perlukan dos yang lebih lagi apabila ianya kurang berkesan.

Tentu ada yang tertanya, kalau demam atau sakit nanti, nak sihat macam mana kalau tak makan ubat klinik..? Saya hanya mampu tersenyum. 

Ini rahsia keluarga saya..

NUTRIFERON




Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia
 (Nutriferon). Formula yang digunakannya adalah selamat, semulajadi, tulen & berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf senagai penemuan terhebat dalam bidang immonologi.

Nutriferon (interferon) adalah satu formula ekslusif dan di paten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis. kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dan lain-lain. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenze dan pelbagai jenis penyakit.

Apabila banyak kuman & mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain-lain.

Jadi, pilihan di tangan anda. Hargailah kehidupan kita. Sebagai seorang ibu, saya hanya inginkan yag terbaik untuk keluarga saya. Biarlah berhabis sedikit, asalkan mereka sihat tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan kimia yang akan memberi kesan untuk jangka masa panjang.



Ingin dapatkan Nutriferon ?

Boleh sms | wassap |call: 019-9319790

COD sekitar Kuala Terengganu




Bagaimana cara nak bagi ESP lebih sedap diminum..?










Produk pertama Shaklee yang saya kenal ialah ESP (Energizing Soy Protein) semasa mengandungkan anak kedua. Sebelum tu, dah ada kawan-kawan yang promo, tapi tak ambil tahu pun sbb tak teringin nak tau...hehehe.. Sampailah satu hari saya mencari susu untuk wanita hamil sebab saya dah muak nak telan susu yang ada di pasaran. Tambahan pulak, saya peminat tegar soya. Dah serik minum soya waktu anak pertama dulu. Kulit memamg cantik tetapi sensitif yang amat. Kesian anak saya..

Google punya google, akhirnya saya jumpa ESP. Susu soya perisa vanilla untuk wanita hamil. Sebelum beli, berhari-hari saya cari dia punya kelebihan dan khasiat. Takut tak sedap pun ye jugak....hahahaha...

Mula-mula saya minum, ya ampun....tak tertelan. Memang ada rase soya & vanilla. Cuma rasanya tak macam susu biasa yang saya penah minum. Saya tanya member yang saya beli tu, dia cakap boleh campur ngan minuman lain kalau tak boleh nak telan. Asalkan jangan minuman berkafein. Lega rasanya.

Sekarang, Alhamdulillah...ESP menjadi minuman pilihan saya. Saya dah lama tak minum soya jenama lain. Bukan jenama lain tak sedap. Sedappp....tapi ESP LAGI SEDAP..!!

Kat sini saya nak share beberapa resepi ESP...sebab ramai kawan-kawan saya yang pelik camna saya boleh minum ESP tu. Haaa....kena kreatif yer..






Yang ini baru sedikit. Banyak lagi resepi ESP yang best. Boleh cuba sendiri di rumah. Saya paling suka ESP yang dicampur degan susu strawberry. Memamg sedap. Cubalah kalau tak percaya...Cuma jangan guna air panas je kalau nak bancuh ESP nih. Nanti jadi berketul-ketul.  Oh ya, ESP ni nak dibuat masker pun boleh. Campur kan ESP 2-3 sudu dalam air suam, kacau hingga sebati. Tepek kat muka untuk 10-15minit. Lepas tu, bilas. Kulit akan jadi licin & tegang. Tak payah nak beli masker lain.  
Semuanya hanya dengan ESP 







Kami akan menghantar terus pesanan anda dengan kadar rata RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak

Sekiranya ada persoalan berbangkit mengenai rundingan harga mengikut bajet, dosage, kuantiti dan pengambilan setiap produk, boleh hubungi saya 

Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya juga. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"






Susu Ibu ~ Titisan Emas Buat Si Anak







Semasa saya hamil anak pertama, saya memang sudah memasang niat untuk menyusukan anak saya dengan susu badan sepenuhnya. Sewaktu dalam pantang, saya mengambil peluang mencari maklumat mengenai breastfeeding. Pada pendapat saya, ibu-ibu yang ingin menyusu badan sepenuhnya anak mereka perlu mempunyai semangat yang kuat. 

Ramai di antara kita yang masih ragu-ragu untuk menyusukan anak-anak mereka terutamanya di kalangan ibu-ibu muda. Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai susu ibu & juga halangan dan tekanan dari orang-orang sekeliling membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan segala mitos yang tidak betul mengenai penyusuan susu ibu.



Untuk pengetahuan ibu-ibu muda sekalian, susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit yang mampu melindungi bayi daripada kebanyakan penyakit seperti serangan virus berbahaya. Terutamanya dalam kolostrum susu yang akan keluar pada hari pertama hingga ketiga kelahiran. Penyusuan susu ibu juga boleh mengurangkan risiko alahan. Susu ibu mempunyai kandungan yang mencukupi mengikut suhu persekitaran. Di samping itu juga, susu ibu mengalakkan tumbesaran yang normal pada bayi.

Susu ibu mudah dihadam kerana susu ibu diciptakan untuk sistem pencernaan manusia. Susu ibu juga boleh mengelakkan berlakunya kekuranan nutrien dalam tubuh bayi kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi yang baru lahir sehingga berumur enam bulan. Peyusuan susu ibu juga boleh mengelakkan jangkitan bakteria pada usus bayi yang boleh mengakibatkan cirit birit atau muntah. Anak yang menyusu susu ibu tidak mempunyai risiko tinggi untuk menghadapi penyakit seperti diabetes, paru-paru berair dan jangkitan pada telinga.

Penyusuan susu ibu juga membawa kebaikan kepada si ibu. Penyusuan susu meningkatkan rembesan hormon oxytosin yang juga membantu dalam mempercepatkan proses pengecutan rahim ibu. Penyusuan juga boleh  mengurangkan risiko tumpah darah kepada ibu selepas bersalin dan aliran keluar nifas adalah lebih singkat. Ianya juga dapat mengurangkan risiko barah payudara dan ovari kepada si ibu.

Ibu-ibu yang ingin menyusukan anak perlu tahu bahawa kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi ditentukan olehnya sendiri. Bayi akan menyusu apabila lapar dan berhenti sendiri setelah kenyang seiring dengan pertambahan usianya.

Apa yg paling penting, penyusuan susu ibu dapat mengeratkan hubungan dan ikatan di antara ibu & anak menerusi sentuhan kulit ke kulit dan eye contact semasa proses penyusuan semulajadi.