Tips Mudah Hamil Bagi Mereka Yang Inginkan Zuriat

Siapa yang tidak inginkan zuriat ? Semua pasangan yang berkahwin inginkan zuriat atau anak atau cahayamata bagi memeriahkan lagi rumahtangga. Walaupun baru je kahwin 6 bulan, mesti nakkan anak secepat mungkin. Apatah lagi bagi mereka yang dah kahwin bertahun-tahun.



Tetapi, kita hanya merancang.. Allah jua yang menentukan. Cepat atau lambat dapat zuriat bergantung kepada-Nya dan juga ikhtiar kita. Ada yg bunting pelamin. Kahwin sebulan terus lekat. Ada yang makan masa bertahun-tahun, malahan berbelas-belas tahun. Pokoknya, kena sabar dan usaha disamping tawakal pada-Nya.

Kat sini, Kak Yan nak kongsi tips mudah hamil bagi mereka yang inginkan anak. Pertama sekali, jangan stress. Jangan terlalu fikirkan untuk dapatkan anak. Biar ianya berlalu dengan tenang di samping berusaha. Tau tak, kalau asyik stress, ianya akan mengganggu hormon subur dalam tubuh wanita. Rezeki tidak pernah tersalah alamat. Pegang kata-kata ini. In Shaa Allah, hati akan tenang.

Yang kedua, jaga pemakanan & jaga berat badan. BMI pastikan normal. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada masalah ketidakseimbangan hormon seperti PCOS. Kak Yan dulu pun ambil masa hampir 2 tahun nak dapatkan seorang anak disebabkan oleh PCOS. Kak yan ikut nasihat doktor supaya diet, diet & diet. Alhamdulillah... tak lama lepas tu, disahkan hamil.  Jadi, jaga makan & apa yang masuk dalam tubuh badan kita.




Satu lagi tips, semak waktu subur. Kalau wanita yang haidnya tidak tetap agak susah nak tau waktu subur kan? Korang boleh lah guna kaedah BBT (Basal Body Temperature). Nak tau lebih lanjut pasal BBT, boleh baca kat sini. Kalau rasa leceh guna BBT, guna je OPK (Ovulation Prediction Kit). Lebih senang merancang waktu yang sesuai untuk bersama suami.

Jangan lupa, suami pun kena mainkan peranan. Pastikan suami pun jaga kesihatan dan jaga pemakanan. Pola hidup yang tidak sihat boleh mempengaruhi kualiti sperma suami. Tahap kesuburan sperma boleh diuji di klinik atau di mana-mana hospital untuk mengetahui sejauh mana kualiti dan kesuburannya. Kadang-kadang, si isteri tiada masalah. Tapi si suami pulak yang jadi punca lambat dapat anak. Jadi, suami di luar sana jangan pula berasa malu dan segan untuk menguji kesuburan dan kualiti sperma sendiri. Jika ada masalah, ianya boleh diubati dengan cepat. 

Akhir sekali, jangan lupa makan vitamin. Tak salah nak ambil makanan tambahan untuk kesihatan tubuh badan sendiri. Tapi pastikan dapatkan dulu nasihat doktor. Jangan pula ambil sebarang vitamin yang tak tentu dari mana asal usulnya. 




Semoga Allah memberkati kita semua dan impian anda di luar untuk mendapatkan zuriat sendiri tercapai.



Aminnn...




Kalau berminat nak cuba vitamin untuk kesuburan suami isteri, boleh hubungi Kak Yan.




No comments:

Post a Comment