Tips Paling Senang Untuk Murah Rezeki dan Mudah Urusan

Alhamdulillah... masih diberi kesempatan bernafas hari ni. 

Nak tanya, korang tau tak cara paling senang nak dimurahkan rezeki? Atau nak lebih dipermudahkan perjalanan urusan seharian?

Senang je.. SOLAT DI AWAL WAKTU.



Saya dulu pun jenis solat hujung2 jugak. Tapi tak selalulah....huhuhuu..suka bertangguh. Sebab nak tgk drama lah...nak baca novel lahh.. nak itu..nak ini.. last2, solatnya di penghujung waktu. Bila solat hujung waktu, semua kerja jadi serba tak kena. 

Ulamak pernah bgtau, kalau kita tgh susun bata terakhir nak buat rumah, tapi waktu tu dah azan.. tinggalkan lah bata terakhir tu. Sambung buat balik lepas solat. Tengok? Betapa pentingnya untuk utamakan solat. Lebih2 lagi bergegas bila dah masuk waktu. 




Sekarang, saya dah cuba nak solat di awal waktu. Maknanya, sedaya upaya cuba buat. Tapi kadang2 terbabas jugak. Tapi apa yg saya perasan, kalau saya cuba konsisten solat awal...urusan saya pada hari tu mcm mudah aje... smooth aje. tak serabut. Kalau sibuk sangat kerja berlambak, boleh aje disiapkan dengan mudah. Pendek kata, waktu jadi panjang. Cukup nak selesaikan semua benda. Hati pun tenang. 







Kalau korang tak percaya, cuba buat dengan konsisten. Tengok hasilnya. 













No comments:

Post a Comment