Berhutang Untuk Pendidikan

Saya selalu bgtau suami saya, kita kena buat simpanan utk anak2. Tak kisah lah macam mana pun. Sebab tu bila umur anak saya tak sampai setahun, saya dah buat akaun tabung haji untuknya. Simpan duit kat situ.

ihsan google

Sebab utamanya, utk pendidikan. Saya tak nak bila anak2 dah besar dan nak sambung belajar, terpaksa meminjam. Dengan sapa? Dengan PTPTN lah. Cukup lah mak ayahnya yg meminjam. Kalau boleh, taknak generasi kami pun meminjam sama...huhuhu...

cukup2 lah berhutang untuk belajar

Dan duit simpanan tu pun utk kecemasan. Sebab kita tak tau apa akan jadi pada masa akan dtg. Kalau terjadi apa2 pada kami, sekurang2 nya..anak2 masih ada dana utk teruskan hidup. Walaupun tak banyak, ianya tetap membantu.


Sekarang anak kami baru 2 orang. Mudah2an anak2 ini menjadi anak2 yg soleh dan sentiasa menyenangkan hati kami. Saya ckp dengan suami " saya tak kisah seksok anak sy kerja apa. Janji dia menjadi ORANG ". Kalau dia berjaya dlm hidup sekalipun, tetapi tidak menjadi "ORANG", tak guna jugak kan??

Semoga doa dan impian kami suami isteri dimakbulkan Tuhan.







No comments:

Post a Comment