Mencari Semangat Yang Hilang


Semangat setiap orang yang berbisnes ada pasang surutnya. Ini hampir pasti. Bukan bisnes Shaklee yang pasang surut. Tapi sikap individu tu sendiri.

Saya tidak terkecuali. Hampir2 menyerah kalah. Lama jugak saya menyepi. Bukan menyepi 100%. Tapi bila ada orang tanya "ko buat Shaklee lagi ke?".. itu petanda apa?? Itu petanda tak baik. Maksudnya, orang dah tak nampak kelibat kita dalam bisnes Shaklee.



Bila dapat soalan camtu, serius... saya rasa seram sejuk. Rasa takut. Sebab tiba2 saya rasa saya dah takde hala tuju dalam Shaklee. Mana best kalau buat benda sekerat jalan kan? Alang2 menyeluk pekasam. biar sampai ke pangkal ketiak...kuikuikui...

Sejak dari tuh, saya muhasabah diri. Duk fikir2, apa yang aku kena buat. Mengadu dengan upline... kena brainwash kaw2...huahuahua.. sentap sekejap. Tapi tak ambil masa lama untuk sentap, untuk bersedih. Orang lain dah maju ke depan. Ko tak abis2 dengan sentap. Salah sendiri kan? Padanlah muka...




Now, saya rasa dah lain macam. Dah ada semangat balik. Dah mula aktif buat task. Dah mula konsisten update blog. Pelik bila tengok leader2 makin maju & laju...sedangkan ada yang dah menyerah kalah. Pendek kata, leader2 tak terjejas pun sebab bisnes Shaklee nih bisnes individu. Income tak bergantung dengan orang lain. Ko buat ko dapat.. ko tak buat, sila babai...



Jadi, bertindaklah sekarang. Jangan bertangguh !

No comments:

Post a Comment