10 Tips Merawat Tumit Kaki Yang Pecah

Cuba bayangkan tetiba si suami cakap, ada kertas pasir atas katil waktu sedang tidur. Kita mesti pelik kan? Datang dari mana pulak kertas pasir nih? Bukak lampu nak check, rupa-rupanya kertas pasir tuh TUMIT KAKI BINI DIA YANG KASAR....huwaaa.... Sentap tak? Meh sini nak kasi petua nak rawat tumit kaki yang pecah macam kertas pasir tuh.


TIPS 1

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapu je pada tumit kaki yang pecah-pecah tuh. Buat selalu hingga tumit tuh dah licin cantik


TIPS 2

Yang nih sesuai untuk mereka yang jenis bangun pagi-pagi. Cuba geselkan aje tumit kaki tuh kat rumput yang berembun. Pastikan buat setiap hari & mesti akan dapat rasa ada perubahan.


TIPS 3

Ni pun guna bawang jugak, tapi bawang merah. Sapukan bawang merah yang dah dipotong dua sehingga bawang tuh kering. Yang nih pun kena buat setiap hari kalau nak ada kesan. 



TIPS 4

Cari belimbing buluh, kemudian gosokkan aje buah tuh di tumit kaki yang pecah. Isi buah belimbing tuh, sapukan di tumit dengan berus yang lembut.


TIPS 5

Masukkan beberapa keping asam keping dalam besen yang ada air suam. Rendamkan tumit kaki yang pecah tu selama setengah jam. Buat selalu kalau nak tumit yang cantik & licin.


TIPS 6

Gosokkan getah betik muda kat tumit. Biarkan getah tu kering selama 10minit & bilas. Buat dua kali seminggu kalau nak dapatkan hasil yang lumayan. 


TIPS 7

Lumur sikit air asam jawa di tumit, kemudian rendam kaki dalam air suam yang berisi garam. Seelok-eloknya, guna garam bukit. Buat selalu hingga tumit jadi licin. 


TIPS 8

Kenal tak gambir? Haa.. gambir pun boleh jugak nak rawat tumit yang pecah nih. Sapukan tumit tu dengan gambir yang dah dicampurkan dengan air. Ataupun disapu dengan minyak lebihan menggoreng ikan. Rasionalnya? Sapu aje. Nanti akan nampaklah hasilnya.



TIPS 9

Ni pun guna asam keping jugak. Masukkan beberapa keping asam dan beberapa sudu cuka dalam besen yang berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10minit. Buat setiap hari kalau nak tumit yang licin.


TIPS 10

Yang akhir sekali & yang paling mudah. Sapukan HERBAL BLEND SHAKLEE setiap hari di tumit yang pecah tu. Sapukan aje sehingga tumit dah kembali cantik. 

rawat tumit merekah


Selain untuk merawat tumit kaki yang pecah, HERBAL BLEND juga banyak fungsinya yang lain. Antaranya ialah menghilangkan gatal-gatal di kulit, menghilangkan ketidakselesaan akibat ekzema, menghilangkan kesan gigitan nyamuk & juga sebagai losyen harian. 

krim herbal blend

Selamat mencuba!
pengedar shaklee putrajaya


1 comment:

  1. Herbal Blend ni memang berkesan!Cuba baru tau

    ReplyDelete