Tips Untuk Tambah Berat Badan Bagi Mereka Yang Terlalu Kurus

Anda terlalu kurus? Ingin menambah berat badan ?


Suatu hari waktu balik dari kerja, ada seorang budak perempuan melintas jalan. Spontan encik suami "eh eh, kurusnya budak nih. Macam tak cukup makan. Awak jangan jadi kurus sangat macam dia. Tak cantik jugak kalau kurus sangat pun.."

Hahahaha... perli ke apa? Tau lah saya nih tak berapa nak kurus. Tapi saya tau, memang encik suami tak berapa suka saya kurus sangat. Kalau sedang-sedang, oklah. Gemuk sangat pun taknak jugak...Fuhhhh... Dia cakap, kalau kurus, nanti pegang rasa tulang.


Iya, tidak dinafikan ramai orang nak kurus, & langsing, terutamanya wanita. Sebab bila tubuh langsing, macam-macam baju boleh pakai. Kalau badan berisi, agak susah jugak nak cari yang sesuai. Tetapi, ada golongan yang risaukan berat badan mereka yang terlalu kurus. Dah sampai peringkat underweight. Memang sangat mencabar kalau mereka ingin menamahkan berat badan. 

Taukah kita, kebanyakan orang yang kurus mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Tubuh mereka membakar kalori lebih daripada apa yang mereka makan. Sebab itu kalau kita perasan, ada orang yang kurus tapi selera makan...amboiiiii....kalah kita yang badan tak berapa nak kurus nih. 

Kalau ada yang nak tambahkan berat badan, kena ikut step nih...

★ Lebihkan karbohidrat dalam bentuk nasi, oat & roti. Tapi janganlah berlebihan. Nanti tak pasal-pasal ternaik lebih pulak berat badan. Ambilllah dalam sekadar yang diperlukan oleh tubuh. 

★ Banyakkan makan sumber protein seperti kekacang, tuna, ayam, soya (pastikan yang NON-GMO) & lain-lain. Kurang protein boleh sebabkan berat badan tidak bertambah walaupun kita mengambil lebih kalori.

★ Tambahkan lemak dalam pemakanan dengan cara yang betul. Kena ambil lemak yang berkualiti kalau nak tambahkan berat badan seperti lemak daging & keju, mentega kacang, buah-buahan kering & minyak zaitun. Sumber lemak penuh dengan kalori dan sebab itu ia membekalkan tenaga yang banyak. Tapi kita jugak perlu bersenam untuk mengekalkan lemak yang sihat. 

★ Bersenam dengan cara yang betul. Kalau nak tambahkan berat badan & meningkatkan saiz otot, tak digalakkan berlari jarak jauh. Lebih baik berlari menaiki bukit atau berlari pecut. Boleh jugak lakukan senaman free-weight yang akan bagi tekanan kepada otot & lakukan senaman yang melibatkan otot yang paling banyak. 

★ Senaman kurang daripada 1 jam sehari je. Kalau nak naikkan berat badan, tak boleh bersenam gunakan otot yang sama selama 2 hari berturut-turut.

★ Tidur yang cukup. Penah dengar tak, kalau banyak tidur badan akan gemuk? Hehehe...memang betul pun. Kalau tidur cukup (bukan tidur yang banyak), sel-sel otot yang rosak akan dibaiki dengan sendiri. Lagipun, semasa kita tidur, hormon yang menggalakkan pertumbuhan otot akan dibebaskan. 

★ Cukupkan dengan makanan tambahan. Boleh ambil vitamin dalam bentuk pil & minuman yang berprotein. Ia akan bekalkan tubuh kita dengan proten & kalori yang membantu meningkatkan pembentukan otot. Salah satu vitamin yang disyorkan untuk menambahkan berat badan ialah Mealshakes SHAKLEE. Selain itu, boleh juga kalau nak tambah B-complex & Vita-Lea untuk kesan yang lebih optimum.




Sekarang, kita tengok pulak apa kata mereka yang dah gunakan SET NAIKKAN BERAT BADAN SHAKLEE & berjaya tambahkan berat badan mereka.

mealshakes untuk tambah berat badan

mealshakes untuk tambah berat badan

testimoni shaklee untuk tambah berat badan
testimoni shaklee untuk tambah berat badan


Tapi apa pun, amalkanlah pemakanan yang sihat walaupun kita mengambil sebarang makanan tambahan. Nanti kalau terlebih makan, jadi terlebih beratlah pulak. Tak pasal-pasal jadi satu hal nanti nak turunkan berat badan yang lebih tu.

Selamat mencuba...!!


pengedar shaklee putrajaya

No comments:

Post a Comment