Makan Vitamin Shaklee Dah Berbulan-bulan Tapi Tetap Takde Kesan

Nak makan vitamin pun kena ada tatacaranya. Kena ada aturan. Kalau tak buat rugi je beli vitamin berbotol-botol. Harganya pulak bukan seringgit dua. Ada yang mau beratus-ratus ringgit. Tapi takpelah, demi kesihatan pejamkan aje mata. Yang penting, puas hati.

Ada di kalangan orang-orang kita nih, beli vitamin semborono. Asal jumpa je pengedar, beli. Asal member pejabat jual, beli. Asal jiran sebelah dok promote beli. Pastuh, bila takde kesan, mulah lah dok bising-bising cakap vitamin nih tak elok. Dah makan berbulan-bulan pun hasilnya tetap sama. Padahal kita yang tak mintak konsultasi & cara makan yang betul dari pengedar. 

Jadi...

silalah beli vitamin Shaklee anda dari pengedar yang berilmu & serius berbisnes





Kalau nak tau, antara pantang larang & cara makan vitamin yang betul ialah...

✔ Banyakkan minum air kosong. 

Pengamal vitamin kena banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kena ambil kira berat badan. 25kg berat badan kita bersamaan dengan 1liter air. Jadi, kiralah sendiri berapa liter air kosong yang kena minum setiap hari. Kenapa kena minum air kosong? Supaya vitamin tu lebih mudah diserap oleh tubuh & untuk elakkan healing crisis. 

✔ Elakkan makan vitamin bersama ubat-ubatan

Kalau ada mengambil ubat klinik atau hospital, elakkanlah makan sekali dengan vitamin. Sebab kalau ubat dan vitamin dimakan serentak, peratusan vitamin untuk diserap secara optimum adalah rendah. Selangkanlah masa 2-3 jam dari waktu makan ubat jika nak makan vitamin. 

✔ Kurangkan kafein dalam pemakanan seharian

Kafein bukannya tak boleh ambil langsung, cuma kena kurangkan. Kenapa? Sebab kafein yang banyak boleh merosakkan vitamin yang dah ada dalam badan. Jadi, kalau lah dok asyik berterusan minum kopi atau teh, maka vitamin yang kita makan selama ni akan terbazir dengan begitu sahaja. Atas sebab ini lah bila kita makan vitamin, kita takkan nampak kesan yang ketara. Kalau nak minum kopi jugak, selangkan masa 3jam dari waktu kita minum dan waktu makan vitamin.

✔ Elakkan makan vitamin dengan banyak sekaligus

Ramai jugak yang suka makan vitamin banyak-banyak sekaligus sebab nanti takut tak teringat nak makan. Sedangkan kalau kita ambil banyak-banyak macam tu sekaligus, kepekatan darah hanya akan meningkat pada masa-masa tertentu sahaja. Ada jugak yang suka makan vitamin waktu sebelum tidur sedangkan lepas tu kita akan kurang minum air, kecuali lah kita jenis yang tersedar tengah malam untuk bangun minum air kosong. Takpun, sediakan bekas air minum dalam bilik. Senang. Lagi satu, kalau makan vitamin banyak sekaligus, buah pinggang kita akan terbeban untuk memproses vitamin. Kang tak pasal-pasal dapat penyakit buah pinggang pulak. 


✌ TipsTambahan ✌


1. Vitalea (multivitamin) TIDAK BOLEH diambil bersama susu atau pil Ostematrix/pil kalsium kerana ianya akan menggangu penyerapan optimum zat besi dalam vitalea
2. Vitamin E & GLA Complex (dalam GLA ada vitamin E)TIDAK BOLEH diambil bersama Alfalfa sebab Alfalfa ganggu serapan vitamin E
3. Pesakit Thalasemia TIDAK BOLEH ambil Vitalea
4. Pesakit SLE TIDAK BOLEH ambil Alfalfa
5. Ibu menyusu TIDAK BOLEH ambil Cinch Shake(digantikan dengan ESP) & Herblax
6. Ibu hamil TIDAK BOLEH ambil Vitamin E, GLA Complex, Herblax, Nutriferon, Cinch Shake, Carotomax, Vivix & Lecithin


Kebiasaannya, vitamin akan mengambil masa sehingga 3 bulan untuk menampakkan kesan. Tetapi ini bergantung kepada tubuh seseorang itu. Jadi kalau nak dapatkan kesan yang superb, kena konsisten makan vitamin.












No comments:

Post a Comment