Perlu Atau Tidak Kita Mengambil Supplement ?







" Wahhh, cantiknya kulit awak. Apa yang awak pakai? Awak ada makan apa-apa ke? Teringinlah nak kulit cantik macam awak. Mesti seronok kan? Saya tengok awak pun dah lain. Cergas semacam je. Badan pun makin cantik. Apa rahsia awak ye..?"


Gembira kan kalau ada kawan-kawan kita yang perasan perubahan pada diri kita? Padahal kita tak ke salun kecantikan pun. Petua tradisional pun kalau rajin je buat. Rahsianya, cuma amalkan makan tambahan atau supplement. Dah cukup untuk nampak kita berbeza dari orang lain.

Sebut je pasal supplement. apa yang orang ramai akan nampak adalah makanan yang menjurus kepada diet dan kesihatan. Supplement bukanlah sejenis ubat tetapi ianya merupakan vitamin-vitamin pembina yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Bukan setakat untuk berdiet, malah untuk kesihatan tubuh badan.


Supplement berbeza dengan ubat. Ubat dicipta dan terdiri daripada bahan jenis dadah yang sememangnya tidak baik untuk tubuh. Tetapi supplement terdiri dari pati tumbuhan ataupun buah-buahan yang diambil dan dijadikan makanan ataupun minuman yang diambil sebagai tambahan bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh.

Dalam diet harian yang disyorkan oleh pakar diet,  amat penting dalam tubuh kita untuk mendapatkan protein, vitamin & sebagainya melalui pemakanan kita setiap hari. 

piramidmakanan
piramid makanan

Cuba fikir, tidak semua dari kita mampu mengikuti setiap diet yang disyorkan. Bukan semua buah & sayur yang kita makan mengandungi khasiat & vitamin yang cukup. Memang buah-buahan dikatakan mengandungi serat & vitamin yang tinggi, tetapi ia mempunyai nilai makanan yang sedikit kerana ditanam dalam tanah yang kekurangan nutrien. dipetik sebelum masak semulajadi, dirawat menggunakan gas & racun, dan disimpan berhari-hari sebelum kita memakannya. 

Jadi, tubuh kita kekurangan blok-blok pembinaan yang penting bagi makanan berguna yang diperlukan untuk menjamin kepada kesihatan tubuh badan. Tanpa makanan fungsian, tubuh tidak boleh meneruskan prosesnya untuk sembuh sendiri jika diserang penyakit. Ini seakan -akan kandungan metabolisme yang kurang dalam tubuh badan.

Terdapat 3 jenis supplement yang ada di pasaran iaitu supplement sintetik, organik & semulajadi. 



Akan tetapi, supplement yang TERBAIK adalah supplement daripada BAHAN SEMULAJADI.


Berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor jika kita

▲berkira-kira untuk menggantikan ubat yang biasa kita ambil dengan satu atau lebih supplement
▲sedang mengambil ubat sebab ada supplement akan bertindak balas dengan ubat
▲sedang sakit kronik tetapi ingin mencuba supplement
▲ sedang rancang untuk pembedahan. Sesetengah supplement boleh meningkatkan risiko pendarahan dan menjejaskan ubat penghilang kesakitan (ubat bius)








No comments:

Post a Comment