Masalah Keluar Angin dari Faraj (Kentut Vagina) Selepas Bersalin


Ramai yang segan sebenarnya nak berkongsi masalah "kentut vagina" nih. Rata-rata kaum perempuan memang akan ada masalah ini terutamanya selepas melahirkan anak. Lebih-lebih lagi jika tidak dijaga tubuh badan dan pemakanan semasa dalam pantang.

angin dari faraj
Vaginal Flatulence atau lebih dikenali "kentut vagina" ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan di mana alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Salah satu punca utama kentut vagina adalah otot-otot di sekitar vagina yang semakin lemah & menyebabkan mudahnya angin untuk keluar masuk ketika melakukan sebarang aktiviti. Wanita yang sudah berkahwin semakin lama akan hilang "grip" dan vagina akan menjadi longgar. Ini menyebabkan angin mudah keluar masuk melalui vagina dan mencetuskan kentut vagina.

Yang perlu diketahui, kentut vagina tidak hanya berlaku kepada mereka yang telah berkahwin. Pergerakkan kaki semasa berjalan ataupun ketika beraktiviti lasak sekalipun, ianya mampu memberi peluang untuk udara keluar masuk ke dalam faraj jikalau dinding dan saluran faraj berkenaan tidak begitu kuat.

Jadi untuk mengurangkan kentut vagina ini, rajin-rajinkanlah melakukan senaman kegel atau senaman pelvis dan kurangkan pengambilan minuman berais. Selain itu, ianya bertujuan untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.



Untuk yang ingin menjaga kesihatan dalaman di samping menguatkan otot-otot rahim bagi mengelakkan kentut vagina ini, bolehlah mencuba ALFALFA SHAKLEE.











No comments:

Post a Comment