Cara Yang Paling Mudah & Bajet Untuk Buang Toksik & Kuruskan Badan


Pernah dengar tak pasal air detox? Air yang paling popular untuk buang toksin, kempiskan perut & kuruskan badan. Paling jimat & mudah disediakan. 

Detox adalah proses pembersihan tubuh terutamanya usus dalaman daripada segala macam kotoran dan racun yang secara sengaja atau tidak masuk ke tubuh kita. Kalau kotoran & racun dah bertapa lama dalam tubuh, memang mudah nak dapat sakit.




Ada orang susah nak minum air kosong sebab tak rasa apa. Padahal air kosong tuh paling bagus untuk tubuh kita. Tapi penyelesaiannya, cubalah buat air detox nih. Sekurang-kurangnya adalah rasa sikit-sikit walaupun tidak sesedap air manis yang lain. Sihat pun dapat. Kena ingat, setiap 25kg berat badan, kita kena minum 1 liter air. Barulah sistem tubuh berfungsi dengan sempurna. Buat gilir-gilir air detox dengan air kosong.

Air detox nih ialah campuran air putih@air kosong dengan buah-buahan yang dah dipotong. Simpan dalam bekas yang bertutup. Seelok-eloknya bekas kaca dan dibiarkan dalam peti sejuk semalaman. Buat malam sebelum tidur & minum pagi besok sebelum sarapan. Kena amalkan setiap hari kalau nak dapatkan kesan yang sempurna. Tapi untuk mereka yang bekerja, lebih baik buat hujung minggu sahaja atau pun waktu cuti. Faham-faham jelah, kalau dah namanya detox, asyik ke tandas lah jawabnya.


Kita boleh gunakan apa-apa je buah untuk buat air detox ni. Samada guna lemon, limau, timun, oren, nenas, epal, tembikai, halia atau buah-buahan lain yang boleh bantu proses detox. Kalau boleh gunakan buah-buahn yang berlainan warna. Nak rasa lagi sedap & segar, boleh tambah daun pudina.

Psttt.... yang nak kempiskan perut buncit & boroi tuh, boleh guna timun, halia, daun pudina & lemon. 

Antara kelebihan air detox ialah:
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • buang toksin dalam badan 
  • mencuci usus yang kotor
  • mencantikkan kulit sebab ada vitamin C
  • mengurangkan masalah selesema & sakit kepala
  • mengurangkan sakit tekak
  • elakkan sembelit


Mudah kan ? Tak perlu berbelanja lebih untuk dapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi kalau nak tambah dengan vitamin tambahan pun takde salahnya. 

Selamat mencuba...!!








No comments:

Post a Comment