Tips Cegah Keputihan Untuk Elak Dari Menjadi Semakin Gatal dan Berbau








Sebut je "keputihan", semua perempuan resah gelisah. Mana taknya, disebabkan keputihan akan timbul macam-macam masalah. Lebih-lebih lagi untuk yang dah kahwin. Keputihan akan menyebabkan jangkitan kuman di vagina & akan mengurangkan kesuburan. Bila dah kurang subur, nak dapat anak pun agak susah. Kali ini saya nak kongsikan tips untuk mencegah keputihan. Keputihan ni kalau dah peringkat yang teruk, ianya akan berbau busuk & kawasan intim akan menjadi gatal yang amat seperti terbakar.


kesan keputihan
sekadar gambar hiasan



Keputihan ni sebenarnya disebabkan oleh sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans. Ianya kerap berlaku kepada wanita yang dah berkahwin mahupun yang belum.





TANDA-TANDA KEPUTIHAN

Kalau rasa gatal yang teramat sangat & ada kemerahan serta bengkak pada bahagian luar vagina, itulah tanda-tandanya ada keputihan. Ianya akan diikuti dengan keluarnya cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak. Adakalanya sehingga berketul-ketul seperti susu basi. Yang paling teruk, ianya berwarna kuning kehijauan. Kalau dah sampai peringkat ini, tandanya keputihan itu dah kritikal. Bagi yang dah berkahwin, mungkin akan merasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin & ada juga yang berasa sakit ketika membuang air kecil. 


punca keputihan
punca keputihan




AKIBAT KEPUTIHAN

Keputihan, kalau dah teruk sangat boleh menyebabkan mandul. Tak takut..?? Selain tu, kalau dah kahwin mesti rasa malu pada suami semasa nak bersama sebab kalau dah teruk, keputihan tu akan berbau busuk. Jadi, berubatlah awal-awal untuk elakkan jadi semakin teruk sebab ianya pun boleh menyebabkan kanser rahim. 

PUNCA KEPUTIHAN

Punca keputihan ada banyak. Di antaranya disebabkan oleh pengambilan ubat perancang kehamilan, datang haid, semasa mengandung & disebabkan perbuatan mencuci bahagian faraj dengan sabun pencuci faraj secara berlebihan. Walapun sabun pencuci faraj memang dikhaskan untuknya, namun ianya tetap tidak boleh digunakan secara berterusan kerana ianya akan mempengaruhi keasidan pH pada bahagian faraj. 


TIPS CEGAH KEPUTIHAN

  • Menggunakan ubat anti-kulat. Ubat ni boleh dibeli klinik dan di farmasi. Tapi pastikan kena ikut arahan doktor sebelum nak guna
  • Elakkan penggunaan sabun atau pewangi pada bahagian faraj untuk mengelakkan keradangan
  • Kena pastikan bahagian vagina selalu kering & bersih
  • Jangan guna pakaian dalam yang ketat & tak serap peluh. 
  • Kena jumpa doktor kalau rasa keputihan semakin teruk.

berjumpa doktor jika keputihan semakin teruk


Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit panduan untuk kita semua.

Wassalam.... 


1 comment:

  1. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

    ReplyDelete