Cara Banyakkan Susu Ibu dengan Teknik "Power Pumping". Mudah & Berkesan.






Semasa saya bergiat aktif dalam penyusuan susu ibu dulu, ramai di kalangan rakan-rakan yang bertanyakan petua untuk banyakkan susu badan. Sebenarnya tak adalah petua sangat pun, Saya pun banyak belajar melalui buku & internet. Selain kerapkan pam mengikut jadual, pemakanan juga perlu diambil kira kalau nak banyakkan susu badan. Tapi yang saya paling syorkan untuk ibu-ibu yang baru mengenali dunia susu ibu ialah teknik "power pumping".


petua banyakkan susu ibu dengan power pumping

"Power pumping" ialah satu teknik pengepaman yang paling berkesan selain "marmet" (pam menggunakan tangan). Pada pendapat yani, kalau tiba-tiba susu merudum & dah sampai tahap kritikal, lebih baik amalkan power pumping sebelum berputus asa. Teknik ini boleh dilakukan dengan menggunakan single pump atau pun double pump. 

Kalau guna single pump:

Pam sebelah kanan selama 10 minit, kemudian tukar sebelah kiri pulak 10minit. Buat selama satu jam. Lebih baik buat 2-3 kali dalam sehari. Buat tiap-tiap hari lagi bagus. Kalau tak dapat buat setiap hari, paling kurang pun seminggu sekali wajib buat kalau nak maintainkan pengeluaran susu.

Kalau guna double pump:

Pam selama 10 minit kemudian berhenti & rehat selama 10 minit jugak. Buat selama satu jam. 2-3 kali dalam sehari. Kesannya sama seperti guna single pump, Tak ada beza, Yang penting kena rajin mengepam ikut waktu.


power pumping untuk banyakkan susu badan



TETAPI kalau rajin buat power pumping tapi tak ikut segala rules untuk penyusuan yang optima pun tak ada gunanya jugak. Power pumping cumalah ikhtiar di samping tips-tips penyusuan susu ibu yang lain. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang bekerjaya.

Semoga kita semua berjaya menjadi ibu-ibu yang hebat yang dapat menyusukan anak sepenuhnya, Tapi jika tidak diizinkan oleh-Nya, terimalah dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hkmah disebaliknya. Diharapkan perkongsian saya kali ini dapat menambahkan sedikit ilmu pengetahun ibu-ibu muda di luar sana yang sedang berusaha menyusukan anak masing-masing.



Wassalam.




Sebarang pembelian SET MENYUSU SHAKLEE dari blog mummyaliff, anda layak mendapat FREE E-BOOK 
"RAHSIA BANYAKKAN SUSU BADAN"














1 comment: