Berhati-hati Bila Mendaftar Sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)







Minggu lepas, Yanie dapat mesej dari Ani (bukan nama sebenar) bertanyakan pasal Shaklee. 

Sebenarnya, Ani nih customer tetap Yanie. Dari awal-awal Yanie join Shaklee, memang dia selalulah telefon & mesej tanya pasal vitamin.Bila Yanie ajak dia join ahli, Ani nih kata nak fikirkan dulu sebab dia bukan niat nak berbisnes. Ok, tiada masalah. Sehinggalah Ani mesej Yanie & bagitau yang dia dah daftar ahli dengan kawan dia.




Finally, dah jadi SID tetapi yang mengejutkan Yanie, Ani nih tak tau apa pun pasal vitamin. Vitamin ni untuk sakit apa, fungsi dia apa..semua dia tak tau.. Agak-agaknya semua pasal business plan pun dia tak tau. Yang lebih menakutkan, dia siap mintak Yanie tolong orderkan vitamin untuk kawan dia. Tak ke pelik? Sebab SID dah boleh order online sekarang ni walaupun jauh dari branch. 

Disebabkan kepelikan itu, Yanie tanyalah dari hati ke hati.. kenapa tak tanya details dengan kawan dia yang registerkan dia. At least, kawan dia guide bagaimana cara untuk order Shaklee online. Boleh dia bagitau Yanie "...entahlah kak. kawan saya buat senyap je kalau saya tanya. takde pun nak masukkan saya dalam mana-mana support group kitaorang..". Yanie rasa macam tercekik. Macam mana you registerkan orang jadi SID & you biarkan dia terkontang-kanting...?? Tapi Yanie tak tanyalah siapa upline dia tu & sebenarnya taknak ambil tau.




Kesian kan? 


KENALI "UPLINE" ANDA


Kita daftar jadi ahli dengan niat ingin berbisnes. Paling tidak pun, dapat hadiahkan vitamin berkualiti untuk ahli keluarga kita & untuk kegunaan kita sendiri. Tapi kalau dah jadi macam ni, nak salahkan siapa ? Mungkin kawan Ani ni menyangka Ani cuma join untuk makan sendiri & tak perlukan support group untuk bisnes. Ataupun mungkin kawan Ani tu tidak serius berbisnes. Tapi apa pun, sebagai "upline", adalah menjadi satu tangggungjawab untuk make sure "downline" kita tau apa yang dia nak. Tau pasal business plan. Tau pasal vitamin Shaklee & fungsi secara amnya. Makan sendiri atau bisnes, itu terpulang. Sekurang-kurangnya, upline dah jalankan tanggungjawab. 

Tapi bila "upline" dah menyepikan diri, kena salahkan diri kita sendiri. Konon-kononya, daftar ahli dengan kawan rapat senang berurusan. Tapi sejauh mana kawan kita itu serius dengan Shaklee nya ? Adakah sekadar suka-suka mengisi masa terluang ataupun ada hasil dengannya? Cuba renungkan sejenak. Jangan kita menyesal kemudian hari. Tiada guna. 

Sebab inilah Yanie memang sangat pentingkan dengan siapa kita mendaftar sebagai ahli walaupun cuma untuk makan sendiri atau berbisnes...





DAFTARLAH AHLI DENGAN ORANG YANG BETUL-BETUL DAPAT MEMBANTU ANDA
================================================












No comments:

Post a Comment