Makanan Yang Perlu Dijauhi Jika Menyusukan Anak Supaya Ibu Tidak Perlu Berjaga Malam

Jika menyusu badan, ada pantang larang yang perlu diikut terutamanya bab makanan. Pelbagai makanan boleh diambil  ketika menyusukan anak, tetapi ada juga yang boleh merencatkan pengeluaran susu & boleh buatkan anak meragam sebab tak sihat serta sakit perut. Orang-orang tua selalu berpesan, kalau menyusukan anak, tak boleh ikut suka hati nak makan apa. Jom kita semak apa yang ibu menyusu tak boleh makan:



1. Ibu yang menyusu lebih baik elakkan kopi sebab sebahagian kafein yang ada dalam kopi tu akan masuk ke dalam susu kita. Bayi tak boleh nak keluarkan kafein dari badan seperti orang dewasa. Sebab tu kalau kita tengok, bayi yang mak dia suka minum kopi selalu meragam dan susah nak tidur. Nak minum jugak? Boleh. Satu cawan sehari je dah cukup.

2. Coklat pun ada kafein. Tapi kandungan kafeinnya rendah sikit daripada kopi. Peminat coklat yang menyusukan anak, boleh kurangkan makan coklat kalau tiba-tiba bayi tu meragam. 

3. Orang Islam tak minum alkohol atau arak. Tapi sememangnya alkohol patut dielakkan oleh ibu menyusu yang non-muslim. Bayi kita mungkin akan alami berat badan yang tidak normal, sentiasa nampak lemah & mengantuk. Ibu itu sendiri akan susah untuk dapat "let down reflex", yang mana ia sangat penting dalam fasa penyusuan. 

4. Makanan yang pedas dan berempah, siapa yang tak suka. Tapi ada sesetengah ibu tak boleh makan kerana ia boleh sebabkan bayi meragam dan mungkin terkena cirit-birit. Kalau boleh, elakkan terus dari makan sepanjang tempoh menyusu.


Sama jugak seperi kacang. Pastikan anak kita tak alah kepada kacang untuk mengelakkan kulit dia menajdi kemerahan, ekzema. Manakala, hidung pula akan selalu tersumbat.



5. Kalau bayi menangis tak henti-henti atau berak berdarah jika kita makan sandwich atau pasta sebelum menyusukan, itu maknanya bayi kita alergik dengan gandum. Nak make sure memang bayi alergik gandum, jangan makan makanan yang based on gandum selama 2-3 minggu. Tengok alahan tu jadi elok ke tidak. Kalau dah elok, lebih baik elakkan makan gandum. Itu maknanya, memang bayi kita alergik gandum.

6. Bayi yang alergik dengan produk tenusu seperti susu, yogurt & aiskrim akan muntah-muntah, susah nak tidur, ekzema & colic. Sama seperti gandum, elakkan amik produk tenusu 2-3 minggu untuk pastikan betul atau tidak bayi kita alah kepada susu.

7. Kalau si bapa ada alergik dengan makanan laut, mungkin bayi kita akan menunjukkan tanda-tanda alergik yang sama. Walaupun si ibu tidak ada alahan dengan seafood, tetapi lebih baik elakkan seafood ketika menyusukan anak.

8. Nak tentukan alergik telur paling susah untuk bayi & kanak-kanak. Terutamanya putih telur sebab kebanyakkan telur bersembunyi dalam pelbagai jenis makanan.


Untuk ibu menyusu, kalau syak anak kita ada alergik, cuba elakkan dulu semua makanan yang kerap memberi alergik untuk anak. Selepas 2 minggu, makanan yang ada alergi, tu ditambah kembali satu demi satu sehingga 4 hari di antara makanan berlainan. Ini adalah untuk menilai anak-anak bagi gejala ruam & sebagainya.

9. "Soy protein isolate", soya yang diproses boleh ditermui dalam sebarang minuman berprotein dan banyak makanan lain yang mungkin lebih cenderung membuatkan anak kita alergik. Jika ada tanda-tanda anak kita alah kepada soya, boleh hentikan dulu penggunaan soya untuk mengelakkan alahan yang teruk. Bagi ibu-ibu yang menjadikan soya sebagai "milkbooster mereka", boleh mengamalkan ESP (Energizing Soy Protein). Protein soya yang menjadikan soya non-GMO sebagai asas. Ianya sangat berbeza jika dibandimgkan dengan soya yang biasa di pasaran.

10. Ibu-ibu menyusu jangan minum teh pudina sebab dalam teh pudina ni ada herba & sebatian tertentu yang boleh mengurangkan bekalan susu. Lebih baik digantikan dengan teh "chamomile". Sebatian dalam chamomile yang masuk ke dalam susu bleh buatkan bayi kita tenang.


Akhir kata, moga apa yang saya kongsikan di sini dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu semua dalam penjagaan makanan demi kebaikan & kesihatan anak-anak kita.




2 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. <a href="http://www.fatimahtony.com/2015/09/18/11-tips-penyusuan-yang-perlu-ibu-menyusu-anak-pertama-tahu/>tips tambah susu ibu</a>.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Nasihat yang berguna.

    ReplyDelete