Anak susah tidur waktu malam ? Cubalah tips ini






Anak jika kurang tidur, biasanya mereka kurang cerdas pada siang hari atau boleh juga jadi hiperaktif dan sukar mengawal emosi mereka. Anak yang tidak cukup tidur juga mudah menjadi obes dan perkembangan mental & fizikal mereka boleh terganggu. Oleh sebab itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak mendapat tidur yang cukup.




1. Tetapkan waktu tidur dan disiplinkan mereka untuk mengikutinyaAnak-anak suka kepada yang rutin. Mereka boleh jangkakan apa dan bila sesuatu berlaku seperti waktu tidur. Apabila kita mengingatkan tentang waktu tidur, mereka tahu di mana  mereka patut berada ketika itu dan apa yang patut mereka buat. Jika waktu tidur yang tetap tidak dijadikan rutin atau waktu tidur adalah apabila anak mengantuk, ia menunjukkan seakan kita mempunyai kurang autoriti. Jangan lupa juga tetapkan waktu bangun. Amalkan setiap hari termasuk hari cuti.

2. Rutin. Rutin sebelum tidur membuatkan anak lebih tenang dan membuatkan waktu itu istimewa pada mereka dan ibu bapa. Lakukan perkara yang rutin selama lebih kurang 30 minit sebelum tidur untuk menyediakan anak untuk tidur. Minum air, gosok gigi, buang air, perbualan ringan, bercerita dan bacaan doa tidur serta ayat Al-Quran membantu menenangkan anak. Sediakan keadaan yang tenang & sunyi.



3. Elakkan tv. Walaupun anak kita senyap ketika menonton tv, sebenarnya tv sangat memberi stimulasi dengan pergerakan dan warna yang terang benderang. Mereka mungkin senyap, tetapi macam-macam yang ada dalam fikiran mereka. Jadi, ketika hampir tiba waktu yang telah ditetapkan untuk tidur, padamkan tv. Cuba bacakan mereka cerita, ini membantu mereka untuk tenang dan mereka juga akan mendapat perhatian yang sangat mereka inginkan dari ibu bapa.


4. Hentikan gurauan. Gurauan memang bagus untuk anak-anak. Namun ia patut dihentikan apabila hampir waktu tidur. Ia sangat memberi stimulasi dan akan mengepam adrenalin yang membuatkan sangat sukar mereka tidur selepas itu.

5. Snek lewat malam. Elakkan snek lewat malam, terutamaya yang manis. Makanan seumpama minyak, jadi elakkan "mengisi minyak" ketika enjin perlu direhatkan.



6. Ketepikan alat permainan. Elakkan memberi rangsangan dengan permainan, termasuk 'crib toys' pada anak kecil. Jika anak patung untuk dipeluk, boleh. Tetapi tidak permainan yang boleh menyanyi atau yang mengeluarkan bunyi.

7.  Bertenang. Lebih stres kita dengan anak yang tidak mahu tidur, membuatkan anak semakin sukar untuk tidur. Jadi jangan marah-marah, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jika kita bertenang. tetapi tetap tegas dengan waktu tidur itu, mereka akan juga tenang.

8. Jika anak sukar juga tidur, kenalpasti kenapa. Ia boleh jadi masalah kesihatan seperti tonsil. Antara simptomnya adalah sukar bernafas semasa tidur, berdengkur dan kerap terjaga pada waktu malam. Segeralah dapatkan pemeriksaan kesihatan
.




No comments:

Post a Comment