Sukar mendapat anak, masalah di bahu isteri atau suami ?








Seram sejuk tengok tajuk di atas ? Dalam dunia perubatan, semuanya boleh terjadi. Masalah kesuburan bukan hanya berlaku di kalangan wanita. Malah boleh juga pada lelaki. Samada yang masih muda belia atau pun yang telah berusia & telah berumahtangga. Produk & vitamin untuk kesuburan lelaki pun sudah bersepah-sepah di pasaran. Ini membuktikan ada yang peka dengan tahap kesihatan kaum adam. Namun, masyarakat pada hari ini masih meletakkan punca sukar untuk mendapatkan anak hanya di atas bahu kaum wanita. Seolah-olah hanya wanita yang bermasalah, kurang subur, mandul & sebagainya tanpa memikirkan apakah lelaki juga boleh menjadi punca kepada permasalahan ini.




Melalui teknologi dan kepakaran yang ada pada zaman sekarang, kesuburan pasangan sangat mudah untuk ditentukan. Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, penyakit yang boleh mengancam kesuburan seperti penyakit kelamin dan pelbagai perkara lain, termasuk kecederaan dan kemalangan membabitkan anggota kelamin.

Ujian tahap kesuburan sebelum kahwin berkemiungkinan boleh berubah selepas berkahwin. Lelaki yang mempunyai sepasang buah zakar yang normal dapat menghasilkan sperma yang mencukupi, aktif & sihat. Namun jika masih hendak tahu tahap kemampuan menghasilkan sperma, bolehlah menjalani ujian air mani. Cara mengeluarkan sampel air mani ialah melalui onani iaitu mengurut zakar sehingga mencapai ejakulasi air mani. Sampel air mani hendaklah dihantar ke makmal secepat mungkin, iaitu tidak lebih dari sejam. Jika ada sperma dalam air mani, ini petanda si suami tidak mandul.




Profil sperma normal ialah mempunyai isi padu air mani tidak kurang daripada dua milimeter (ml). Jika kurang, mungkin pengambilannya tidak sempurna dan perlu diulangi lagi sekali selepas seminggu. Biasanya 1ml air mani mempunyai tidak kurang daripada 20juta sperma.

Peratusan sperma yang aktif tidak kurang daripada 40% dan peratusan sperma berbentuk normal tidak kurang daripada 30%. Profil sperma boleh berubah secara positif atau sebaaliknya. 

Oleh itu, jika sudah berkahwin serta belum dikurniakan cahaya mata, suami perlu menjalani ujian air mani untuk mengetahui profil sperma, walaupun sudah melakukannya sebelum berkahwin.



No comments:

Post a Comment