Bersalin secara normal atau pembedahan, yang mana satu jadi pilihan ?







Apabila saya disahkan mengandung buat pertama kali pada tahun 2010, memang saat yang amat menggembirakan setelah hampir 2 tahun menanti. Waktu tu tak payah cakap lah, semua perasaan ada. Takut, gembira, cuak, teruja. Semua bercampur baur. Tapi kandungan saya tak bertahan lama. Gugur setelah menginjak umur sebulan lebih. DUGAAN buat saya & suami. Sedih yang teramat hingga tak mampu nak dibayangkan.


Gambar hiasan


Namun ternyata, Allah Maha Penyayang.  Sebulan selepas itu, saya disahkan hamil sekali lagi. Memang tak percaya pada awalnya sebab mengikut pengalaman orang-orang tua & sahabat handai, selepas gugur memang susah nak lekat dalam waktu terdekat. Tapi Alhamdulillah....kandungan saya membesar dengan sihat selama 9 bulan. Cuma alahan agak teruk pada awal 3 bulan kehamilan. 2-3 kali juga dimasukkan ke wad.

Tibalah saat melahirkan. Saya dimasukkan ke wad seminggu lebih awal dari tarikh jangka lahir disebabkan ada masalah dengan denyutan jantung baby. Terpaksa berkampung di hospital sebab doktor nak repeat ujian CTG (cardiotocography). 

Saya masih ingat hari tu, hari Sabtu, 16 Julai 2011. Tepat jam 9 pagi, saya ditolak masuk ke labour room setelah bukaan rahim 3cm. Di dalam labour room, doktor pecahkan air ketuban & rasa sakit semakin lama makin terasa. Sehingga lah jam 12 tengahari, bukaan masih lagi 3cm. Doktor pakar datang. Check denyutan jantung baby. Terus saya kena induce untuk bagi jalan terbuka sebab air ketuban makin kering & jantung baby semakin lemah. Masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Sakit & cemas silih berganti.

Jam 5 petang. Sekali lagi doktor pakar datang buat pemeriksaan. Tetiba doktor bagitau saya "awak ni kena buat caesarean. jalan tak terbukak. dari pagi tadi sampai sekarang, baru 4cm".. Allahurabbi...ternganga saya & suami. Tak pernah terlintas akan kena ceasar. Saya dah kecut perut. Muka dah pucat. Seram sejuk. Suami pegang tangan saya untuk tenangkan hati. Doktor pakar minta saya tandatangan surat persetujuan untuk dibedah.

Tepat jam 6 petang, saya ditolak masuk ke bilik bedah. Dibius separuh badan. Di dada diletakkan kain rentang warna hijau untuk memisahkan mata saya dengan perut yang akan dibedah. Masa tu, saya hanya mampu mengucap & berselawat. Takut yang teramat sangat. Nasib baik ada doktor di sebelah yang cuba menarik perhatian saya agar tidak terlalu panik dengan bertanyakan serba sedikit pasal saya. Kami berborak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi saya masih mendengar ketung ketang bunyi peralatan yang digunakan semasa proses ceasar tu. Ngeriiii.....!!

Air mata menitis tatkala mendengar suara bayi menangis. Allahuakbar...Alhamdulillah...Saya telah bergelar seorang ibu tepat jam 7.02 malam. Melahirkan seorang putera yang sangat comel dengan berat 4.05kg. Usai bilal masjid berhampiran melaungkan azan Maghrib, saya telah selamat dijahit.


Raja Aliff  Nuqman b. Raja Aznan (2 tahun 9 bulan)


Ada yang berkata "best lah kena ceasar. mesti tak rasa sakit". Siapa cakap ceasar tak sakit..? Sakit ceasar bukan semasa dibedah. Tetapi sakit akan terasa setelah ubat bius sudah habis. Sakit yang teramat sampaikan saya menangis teresak-esak semasa di dalam wad disebabkan tidak tahan menanggung sakit. Lebih daripada sakit kontraksi nak bersalin. Nak bangun untuk ke tandas pun, azabnya Allah saja yang tahu. Lebih-lebih lagi ketika waktu nak menyusukan anak. Serik ? Memang serik untuk bersalin ceasar sekali lagi. Sebabnya kesan bius masih dapat saya rasa walaupun anak saya dah mencecah umur setahun lebih. Tambahan lagi, penjagaan pantang untuk mereka yang bersalin secara ceasar lagi rumit & renyah berbanding bersalin secara normal. Tersilap langkah, bekas jahitan akan terbuka. Malahan mungkin akan bernanah. Saya sendiri terpaksa dicuci dua kali  tempat yang dibedah semasa di dalam pantang disebabkan bekas jahitan ada sedikit bernanah & luka.

Kenapa saya cakap pantang caesarean lagi rumit & renyah ? Sebab saya berjaya melahirkan anak kedua saya secara normal pada Januari 2013. Juga seorang putera dengan berat 4.01kg. Jadi pengalaman normal & ceasarean sudah dapat saya rasa. Alhamdulillah..... tetapi jika diberi pilihan samada ceasar atau normal, sudah tentu saya memilih normal. Kesakitan hanya sekejap berbanding secara ceasar. Sakit berbulan-bulan, malah mungkin bertahun-tahun.


Raja Aneeq Nuqman b. Raja Aznan (1 tahun 3 bulan)


Kepada bakal-bakal ibu di luar sana, berdoalah banyak-banyak. Mintalah dengan Allah supaya dipermudahkan proses bersalin kerana pada waktu itu, nyawa kita sudah berada di hujung tanduk. Mohon ampun dengan suami, ibu bapa & mertua. Mohon mereka mendoakan keselamatan kita & anak di dalam kandungan.

Tidak lupa juga, terima kasih saya ucapkan kepada kakitangan di wad bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM), Kelantan di atas layanan & penjagaan anda semua sepanjang saya di sana. Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa kalian.



Ada yang bertanya... Serik nak melahirkan ?
Sudah tentu tidak...!!

Terima kasih, Tuhan.....











No comments:

Post a Comment