Simptom Ekzema Pada Bayi Yang Mungkin Kita Tidak Tahu








Ekzema ialah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak sejak lahir dan akan hiang dengan sendirinya sebelum melangkah ke sekolah rendah. Ekzema berkait rapat dengan keturunan & gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan ekzema kepada bayi ialah
  1. Pendedahan kepada bulu binatang
  2. Penggunaan bahan kimia pada kulit
  3. Pemakaian fabrik sintetik
  4. Panas dan berpeluh
  5. Cuaca kering & sejuk
  6. Kulit terlalu kering






5 Simptom Ekzema
  1. Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok
  2. Tempat tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala
  3. Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku
  4. Kegatalan akan menyebabkan kulit kering, iritasi, melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi
  5. Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik

Bagaimana merawat ekzema ?
  • Sapukan pelembap kulit yang diperbuat daripada organik dan tidak mengandungi steroid
  • Kuku hendaklah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru
  • Tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan
  • Sentiasa memakai pakaian daripad fabrik kapas dan longgar
  • Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian
  • Menggosok  bahagian kulit yang gatal dengan perlahan-lahan untuk melegakan
  • Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah
  • Amalka penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus





sumber: Pa&Ma

1 comment:

  1. Kalau pakaikan eczema mittens pun membantu juga

    ReplyDelete