Susu ibu makin kurang ? Baca sini untuk petua tambah susu ibu











Alhamdulillah... Januari 2014, genaplah setahun saya menyusukan anak kedua saya & harapan agar dapat diteruskan sehingga umurnya 2 tahun. Cabaran susu berkurangan sudah sebati sepanjang tempoh setahun ini. Lebih-lebih lagi untuk ibu berkerjaya seperti saya. 





Namun, pelbagai petua untuk menambahkan susu badan saya amalkan antaranya petua orang-orang lama & juga pengambilan supplement. 

Sebenarnya ada petua dan tips mudah yang boleh diamalkan untuk menambahkan susu badan.

  • susukan bayi bila-bila masa sahaja apabila dia lapar. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu yg akan terhasil. Untuk ibu-ibu yang bekerja, kerapkan sesi pengepaman semasa di pejabat
  • susukan bayi di kedua-kedua belah payudara sehingga bayi sendiri akan melepaskan puting setelah kenyang. Cara ini akan meningkatkan ransangan untuk menghasilkan lebih banyak susu
  • pastikan ibu berada dalam keadaan tenang & selesa semasa menyusukan bayi. Tekanan & sentiasa gelisah boleh menyebabkan susu berkurangan. Yang penting, ibu mesti mendapatkan rehat yang secukupnya
  • pastikan ibu menyusukan bayi dengan posisi yang betul terutamanya teknik lekapan mulut bayi pada puting
  • jangan memberi bayi makanan lain selain susu ibu kepada bayi berusia di bawah 6 bulan. Ini kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan yang lain, bayi akan menjadi kurang menyusu dan sekaligus akan menyebabkan pengurangan penghasilan susu ibu
  • pastikan ibu mengamalkan pemakanan yang betul & mengikut sistem piramid makanan. Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
  • amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 ketika menyusukan bayi
  • pengambilan vitamin untuk menambahkan tenaga & juga untuk melengkapkan nutrisi dalam tubuh ibu




Antara petua masyarakat kita untuk menambahkan susu badan

  1. Pucuk cekur manis
  2. Kacang tanah
  3. Air longan
  4. Halba@jintan hitam
  5. Tuaman bunga melur
  6. Lobak putih
  7. Air rebusan pucuk betik
  8. Kurma
  9. Tuaman daun sirih
  10. Jantung pisang






Semoga ibu-ibu di luar sana dapat menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun dengan mengamalkan segala petua@tips yang telah diberikan






4 comments:


  1. Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dr. tapi masih ramai ibu2 yg tak faham konsep penyusuan yang sebenarnya. diharap pencerahan ini dapat memberikan mereka lebih info mengenai PSI

      Delete
  2. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Susu Ibu

    ReplyDelete