Dah lama kahwin, tapi belum ada tanda-tanda hamil... ?






Disahkan hamil adalah saat yang paling bahagia bagi seorang wanita apabila dia telah berkahwin. Perasaan yang sama akan hadir walaupun yang akan dilahirkan itu bukanlah anak yang pertama. Namun, apa pula perasaan anda jika masih belum ada tanda-tanda hamil walaupun dah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga..? Sedih...? Kecewa.. ? Lebih-lebh lagi jika ada sedara mara yang kahwin lebih lewat dari anda dan telah pun hamil sebelum anda. Rasa rendah diri bukan..?   





Sebelum anda mendapatkan rawatan untuk mengetahui masalah sukar untuk hamil, adalah baik jika anda tahu serba sedikit kemungkinan punca ketidaksuburan suami isteri. Ini apa yang saya petik dari web metro IVF Malaysia :






PUNCA-PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN DI KALANGAN WANITA:
  1. Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (proses di mana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdaoat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon. Selalunya masalah ini wujud apabila berlakunya ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar tiriod tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenalpasti puncanya.
  2. Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketidaksuburan. Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuam (mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu di dalamnya atau disebabkan endometriosis. Kita juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.
  3. Endometriosis. Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebaban berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu kita untuk mengenalpasti puncanya.
  4. Antibodi menyerang sel gamet (telur & sperma). Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenalpasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes di mana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.
  5. Masalah pada rahim. Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit di bahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultraosound boleh membantu mengenalpasti punca masalah tersebut.



PUNCA-PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN DI KALANGAN LELAKI

  1. Masalah gangguan sperma yang tidak matang. Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrien) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% daripada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan adalah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.
  2. Gangguan kepada pengangkutan sperma. Dalam 4% dari kes-kes ketidaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallipio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat. Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.



TIPS HAMIL DENGAN CEPAT

  1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid kita teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama kita berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopion). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami impantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi kita berfungsi menjadikan kita lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
  2. Jumpa doktor. Pastikan kita bebas dari sebarang masalah denfan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid kita teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, kita mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopion kita tidak tersumbat.
  3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya kita mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan kita. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) kita. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat yang optimal.
  4. Ketahui waktu subur. Hari subur kita cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, kita boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid kita teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Kita boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
    contoh kit ovulasi yang boleh didapati di farmasi
  5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan kita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan kita lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal di bawah punggung selama 30minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15minit selepas ejakulasi.
  6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah berbincang dengan doktor. Ia mungkin penyebab kita lambat hamil.
  7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplement zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
  8. Bersenam secara rutin. Bersenam adalah cara untuk kita sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
  9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila kita mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhdap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tidak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ini. Walaubagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan.
  11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, menggunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malaan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan hadkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.



                    
                                                           










No comments:

Post a Comment