Vitamin Shaklee buat kita semakin sakit ?






Seringkali saya mendapat respond dari pengamal vitamin yang tubuh mereka mungkin tidak sesuai dengan vitamin yang diambil, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali mencuba.

Tetapi, tahukah kita, sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement. Simpton-simpton ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplement, krisis pemulihan atau "healing crisis" terjadi.




Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang lama telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement membantu mempertingkatkan sistem imun tubuh kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.



Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), ciri birit, kaak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu dalam masa 1 hingga 2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air yang bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran & buahan, Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.



















No comments:

Post a Comment