Tips penyusuan susu ibu yang berjaya













Susu ibu adalah ciptaan Ilahi yang sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran bayi. Namun ada di kalangan kita yang masih ragu-ragu untuk menyusukan anak dengan susu ibu disebabkan kurangnya ilmu mengenai penyusuan susu ibu.


Di sini disertakan tips-tips yang boleh dijadikan panduan untuk menjayakan penyusuan susu ibu terutamanya kepada ibu-ibu yang berkerjaya


  • Adakala kita mengalami masalah ketika menyusu seperti susu ibu tidak mencukupi. Teruskan dengan memberi susu ibu. Jangan mencampurkan dengan susu formula

  • Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang. Amalkan minum susu setiap hari dan sebekum tidur. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau buah
  • Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu ketika dalam pantang
  • Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Untuk mengelak bengkak, perah susu ibu setiap tiga hingga empat jam
  • Bagi mengelakkan puting payudara luka, pastikan bayi melakukan hisapan dengan cara yang betul iaitu pada keseluruhan aerola payudara. Payudara luka disebabkan oleh pelekapan yang salah.
  •  
  • Pastikan bayi menghisap payudara 15 hingga 20 minit atau setengah jam untuk sebelah bahagian payudara bagi memastikan bayi kenyang
  • Bayi akan terlena dan melepaskan payudara dari mulutnya jika ia sudah kenyang
  • Sebaik sahaja mula berpantang, digalakkan mula membuat simpan perahan susu ibu sebagai satu persediaan awal untuk kembali bekerja
  • Kekalkan mengambil pemakanan seimbang semasa bekerja untuk mengelakkan bayi mengalami kembung atau cirit-birit
  • Semasa bekerja, lakukan perahan 3 jam sekali secara konsisten untuk mengekalkan penghasilan susu
  • Latih bayi dengan memberi susu perahan menggunakan sudu atau cawan kecil
  • Adalah lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada bayi & elakkan ibu berada di samping bayi ketika itu. Ini kerana bayi yang biasa dengan ibunya akan menolak susu perahan yang diberikan oleh ibunya
  • Pengasuh bayi perlu tahu cara menyimpan dan memberi susu perahan dengan betul kepada bayi. Bagi memudahkannya, sediakan nota untuk dia membca dan mengingati cara-cara menyimpan susu perahan



Semoga dengan tips-tips yang telah diberikan, ibu-ibu dapat melaksanakan penyusuan susu ibu dengan jayanya






No comments:

Post a Comment