Kempiskan Perut Selepas Bersalin


Umpama mimpi ngeri apabila perut yang dulunya kempis kini selepas melahirkan anak, perut menjadi buncit dan menggeleber. Malah ada segelintir wanita yang baru bersalinkan 2 orang anak tetapi badannya seakan sudah beranak lima. Lebih malang lagi, perutnya seakan-akan mengandung 5,6 bulan. Namun, ada juga yang beranak 5 tetapi badan seperti anak dara dengan perut yang kempis.



Bagaimanapun terdapat pelagai cara dalam usaha untuk mengempiskan perut selepas bersalin. walaupun ia mengambil masa yang agak lama, menuntut kesabaran, kerajinan dan disiplin, pasti kita akan berjaya dalam usaha untuk kembali langsing.


  • SUSU IBU Penyusuan susu ibu adalah azimat terbaik untuk kempiskan perut. Susukan anak sebaik sahaja bersalin dan seterusnya sehingga 6bulan untuk penyusuan secara ekslusif dan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
  • BENGKUNG Semasa berpantang, penggunaan bengkung perlu untuk kempiskan perut. Bagi yang bersalin normal boleh terus berbengkung. Manakala, bagi yang melalui pembedahan boleh memakainya setelah seminggu ataupun dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya untuk memastikan luka pembedahan dalam keadaan normal
  • BERTUNGKU/BERTANGAS/SAUNA Bertungku bertujuan untuk memecahkan lemak, darah beku dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Manakala bertangas dan bersauna pula, membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan, Bagi yang bersalin secara pembedahan, dinasihatkan menunggu sehingga minggu kedua selepas bersalin untuk bertungku. Namun, bahagian luka pembedahan tidak dibenarkan bertungku
  • PEMAKANAN SIHAT Kita mesti memilih makanan yang berkhasiat untuk menambah tenaga dalam badan dan yang penting memastikan penyusuan susu ibu dapat dilakukan dengan baik. Ini kerana, pada bulan-bulan pertama bayi memerlukan  susu ibu yang berkhasiat yg seimbang dan kalori yang mencukupi. Dalam tempoh itu, kita perlu memilih makanan yang sesuai bagi mengelakkan perut buncit dan menggeleber. Jika boleh ambil makanan yang berkukus dan lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  • AKTIVITI KECERGASAN Senaman kardiovaskuar dan abdominal tertentu boleh membantu mengempiskan perut. Selain itu, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mampu mengatasi masalah lebihan lemak di bahagia perut. Lebih menarik lagi, kita bukan sahaja dapat mengempiskan perut tetapi dapat membina otot perut. 
  • POSTUR TUBUH Kita perlu pastikan kedudukan postur tubuh dalam keadaan betul. Misalnya, pastikan kita duduk dalam keadaan tegak, berjalan dalam keadaan postur tegak (tidak membengkok).
  • TOKSIN DALAM BADAN Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Situasi ini akan menyebabkan kita mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses DETOKSIFIKASI dari semasa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh kita terutamanya pada perut. Mungkin kita boleh mengambil supplement untuk menyahkan toksin dalam badan





3 comments:

  1. ye betul perut buncit lepas bersalin mmg satu masalah buat wanita. thanks for the tips

    ReplyDelete
  2. nice info...part paling payah degil nak dihapuskan lepas bersalin, lelemak di perut..huhu

    Rahsia Pulih Dengan Cepat Selepas Bersalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...memang kak. kena ada disiplin yang kuat sangat2..

      Delete