Alamak....!!! Gastrik lah pulak. Macam mana hendak berpuasa..???

Apa itu Gastrik


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Tanda-tanda Gastrik
Hilang selera makan, pedih dan sakit perut, cirit birit yang teruk melebihi 3 hari, senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut, perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan, perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat, rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda, muntah (akibat tolakan gas daripada perut), berat badan susut

Punca Gastrik
Makanan Bercili, Makanan masam, Kopi, Minuman Bergas & Makanan Berangin, Merokok.

Gastrik Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.



Cara rawatan Gastrik
1. Makan mengikut waktu yang tepat
2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu.
3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
5. Elakkan makan terlalu kenyang
6. Elakkan cuka, makanan yang pedas
7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
8. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.


Tip Sepanjang Bulan Puasa

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan

  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur

  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati

  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.

  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.

  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.

  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak

  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.

  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.

  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.





No comments:

Post a Comment