Panduan Kesuburan Lelaki & Wanita



LELAKI

Betik tingkatkan kesuburan
Buah betik yang kaya dengan vitamin c dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Ketahuilah bahawa kekurangan vitamin c dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg vitamin c setiap hari penting bagi lelaki dewasa

Berhenti merokok
Merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan paru-paru, merokok boleh merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.

Banyakkan pengambilan zink
Zink dikatakan mampu mengaktifkan sperma. Walaubagaimana pun, jumlah zink yang diambil janganlah melebihi 30mg sehari. Makanan sumber zink ialah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut dan produk tenusu.

Pakai seluar longgar
Pemakaian seluar longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma

Pengambilan makanan
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar amatlah digalakkan. Akan tetapi, kita perlulah memastikan ianya dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimakan. Hal ini adalah kerana racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada sayur & buah tersebut boleh menjejaskan tahap kesuburan

Minum banyak air kosong
Pengambilan air kosong sebanyak 2L sehari dikatakan boleh meningkatkan kesihatan & kesuburan sperma



WANITA

Jaga pemakanan
Elakkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan minuman berkarbonat

Kawal berat badan
Berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang seimbang. Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.

Amalkan senaman berkala
Bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja menyihatkan kita tetapi juga mampu mengekalkan berat badan

Berhati-hati mengambil ubat
Ketahuilah bahawa kebanyakkan ubat seperti ubat anti kemurugan, ubat tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan. Oleh itu, hanya ambil ubat yang disarankan oleh doktor sahaja

Periksa rahim
Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan pelunag untuk hamil. Jadi, penting untuk memeriksa dan mengetahui keadaan rahim sendiri



















1 comment:

  1. Salam, saya mempunyai produk untuk uji kesuburan lelaki hanya di rumah. Ini dapat menjimatkan masa dan malu untuk ke hospital. Dengan hanya melakukan di rumah, anda dapat tahu keputusan normal atau tidak. Ini penting sebagai persediaan anda untuk rumah tangga anda.

    Sesiapa berminat, boleh wassap saya di 017-6268424 atau bukak blog ini.
    http://www.reichhealthcare.blogspot.com

    ReplyDelete