Kenapa madu tidak selamat untuk bayi...?








Kita percaya madu makanan yang kaya dengan khasiat. Namun tidak ramai yang mengetahui sebenarnya madu tidak selamat diberikan kepada bayi berusia di bawah satu tahun.



Madu mengandungi spora sejenis bakteria clostridium botulinum. Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan beberapa jam atau melalui proses penapisan.


Apa itu botulism?
Botulism biasanya menyerang sistem saraf dan menyebabkan mata kabur, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid), kesukaran bernafas dan menelan air liur. Malah bayi juga akan muntah-muntah, cirit-birit serta sakit badan.


Kenapa tidak digalakkan?
Usus bayi adalah persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila memakan madu, spora akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan seterusnya menyebabkan botulism.


Gejala botulism
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat sederhana, namun ada juga yang berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur penyakit ini berlaku ialah dua hingga empat bulan. Sungguhpun begitu, risiko tetap ada pada usia satu minggu hingga 11 bulan. Kebiasaannya, gejala muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam

Kesimpulannya, anda tidak digalakkan memberi bayi makan sekiranya umur mereka di bawah satu tahun. Sekiranya muncul simptom sebegini, segeralah menghubungi pakar kanak-kanak atau doktor anda, Jika tidak, gejala boleh berlanjutan sehingga menyebabkan bayi anda mengalami lumpuh tangan, kaki, badan dan masalah otot pernafasan.


  • Simptom perut berbeza daripada kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan berlaku kerana keracunan makanan atau makanan tercemar
  • Kepenatan dan tubuh lemah
  • Susah mengawal kepala
  • Pertukaran nada tangis (altered cry)


Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya, madu selamat untu orang dewasa. Usus orang dewasa mengandungi asid secukupnya untuk menyahkan toksin yang dihasilkan spora ini. 



YA UNTUK ANDA DAN TIDAK UNTUK BAYI...!!!






1 comment: