10 pilihan cara simpan susu perahan


Hari ini terdapat pelbagai jenis bekas simpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini tidak ada masalah bagi ibu-ibu yang berkerjaya untuk terus memberikan anak mereka susu ibu. Seperti yang kita semua tahu, pemberian susu ibu secara langsung adalah yang terbaik. Namun ini tidak bererti kita harus mengabaikan pemilihan bekas simpanan susu ibu kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti


  1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan dalam botol kaca
  2. Pilihan kedua terbaik pula ialah botol plastik. Ianya lebih keras & jernih
  3. Para ibu gemar memilih botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan kebanyakan pusat jagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia lebih berisiko.
  4. Pilihlah botol yang mempunyai penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan
  5. Simpan susu yang diperah di dalam beg khas yang telah disediakan agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu itu ke mana-mana
  6. Untuk memastikan kesegaran susu supaya tidak rosak, pek ais perlu diisi ke dalam beg khas penyimpanan bagi mengekalkan susu sejuk susu tersebut.
  7. Dalam kes tertentu, beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif
  8. Hari ini kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal
  9. Untuk langkah yang lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah
  10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada pewarnanya luntur dan memasuki susu



Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Gunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Nama anak perlu ditulis dengan jelas jika membekalkan susu perahan ibu kepada pusat jagaan kanak-kanak supaya tidak bercampur dengan botol susu kanak-kanak yang lain


Berapa banyak susu perahan perlu disimpan dalam setiap botol?
Bagi ibu yang menpunyai anak berusia 6 minggu ke bawah, simpanlah susu dalam jumlah yang sedikit untuk setiap botol. Kaedah ini boleh memendekkan masa untuk pemanasan susu di samping dapat mengelakkan pembaziran susu. Apabila bayi semakin membesar, susu boleh disimpan mengikut jumlah penyusuan serta kekerapan bayi menyusu. 


Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang









No comments:

Post a Comment